Bab 31

3.1K 192 28
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Muhd Ikram menulis segala perkembangan Hans Xavier. Dia tidaklah mahir dalam psikologi, lagi-lagi masalah mental seseorang, tapi Ikram cuba tulis segala yang dihadapi Xavier ke dalam sebuah buku. Nanti dia minta rujukan dari kawannya yang doktor dalam bidang tersebut.

"Xavier okay?" tanya Ikram. Dia nak tahu jawapan dari Xavier. Setakat ini, setiap hari jawapan berbeza.

"Isabella mana?"

"Isabella tengah masak untuk Xavierlah. Xavier mesti lapar kan?" tenang Ikram menyoal. Walaupun dia terpaksa tipu.

"Panggilkan Isabella.. Xavier nak isteri Xavier. Mana cupcake?" semenjak kehilangan Isabella ini, Xavier selalu memanggil Isabella dengan panggilan cupcake, kerana Isabella semanis kek cawan.

"Isabella sibuk masak tu. Mana boleh jumpa Xavier" Ikram keluarkan picagari yang ada ubat tidur yang sangat kuat. Dia perlu bersedia.

Ada tanda-tanda Xavier nak memberontak.

Pernah jadi sekali, semasa Rosean masuk untuk suapkan dan Xavier berontak mahukan Isabella.

Jadi sebelum terjadi, Ikram dah sediakan awal.

"Panggil Isabella! Xavier nak dia! Nak Bella! Nak isteri Xavier!" jerit Xavier. Teddy bear di tangannya sejak tadi, di campak jauh ke hujung bilik.

Bantal-bantal di atas katil juga dijadikan mangsa. Xavier berdiri sambil menghentak kaki.

Dia nak Isabella!

Ikram pandang Putra Aryan Xander yang berada di pintu bilik. Aryan yang faham akan pandangan Ikram itu menuju ke arah Xavier dan pegang kedua-dua tangan sahabatnya.

Ikram tarik nafas sebelum suntik picagari itu di tangan kiri Xavier.

Kesan ubat itu perlahan-lahan membuatkan Xavier lemah. Xavier tidur di dalam dakapan Aryan.

Ikram bantu Aryan angkat Xavier baring di atas katil. Mereka selimutkan Xavier sebelum keluar dari bilik itu. Ikram menulis semula.

"Isabella kena balik"

"Awal lagi Aryan"

"Sampai bila? Nak biar Xavier tu betul-betul disahkan gila baru nak balik ke apa?!"

Aryan geram. Dia tak boleh biarkan sahabatnya jadi macam tu sampai bila-bila.

"Kau tak ada dalam rumah tangga diorang, kau tak rasa apa yang Isabella rasa! Kau tak alami apa yang Xavier dan Isabella alami selama ni! Jadi kau tak ada hak nak suruh Bella tu balik hanya sebab Xavier jadi macam ni!"

Ikram tahu hanya Isabella jawapan kepada sakit Xavier tapi dia hormat keputusan Isabella.

"Tapi sampai bila? Aku tak sanggup tengok kawan aku macam tu!"

"Kau sendiri tak sedar ke apa? Xavier sendiri pilih nak jadikan diri dia macam tu. Kau kena terima hakikat apa yang dah ditulis oleh Allah!"

Aryan paling susah nak lawan Ikram. Ikram lebih tua dari Aryan. Ikram dah dianggap sebagai abang.

Aryan mengangguk. Dia tinggalkan bilik Xavier.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now