Bab 28

3.2K 190 24
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Pang!

Alexander Iman lempang cucu angkat pertamanya dihadapan semua orang. Dengar berita Nur Isabella masuk hospital kerana Hans Xavier buatkan Alexander geram dengan Xavier. "Kau cucu tak guna!"

Xavier tak mampu buat apa kecuali menyerah. Dia biarkan segala caci maki yang Alexander akan tujukan kepadanya.

Baju dan tangannya yang penuh darah Isabella, dibiarkan. Dia masih tak percaya dengan apa yang terjadi.

Dia penyebabnya?

"Apa salah Isabella, Xavier? Kenapa kau sanggup buat cucu aku macam tu?!" tengking Alexander. Mereka semua, Alexander, Xavier, Putra Aryan Xander, Ayra Medina, Haiqarl Daniel, Hasya Arianna, Nik Dylan, Rosean Kim dan Nur Aaira berada dihadapan wad kecemasan Isabella.

Muhd Ikram dan doktor serta jururawat yang lain sedang berusaha sedaya upaya merawat Isabella.

Mereka yang lain tak mahu nak halang Alexander marahkan Xavier. Memang patut pun.

"Dia sedang mengandungkan anak kau, kau sedar tak? Manusia jenis apa kau ni Xavier?!"

Sakit bila Alexander dengar Isabella masuk hospital. Sudahlah sedang mengandung cicit pertamanya.

"Kalau apa-apa berlaku kepada Isabella, siap kau aku kerjakan Xavier!" Alexander tajam pandang Xavier. Dia duduk sebelah Aryan. Tak larat nak marah Xavier.

Marah pun tak guna. Semua dah berlaku pun.

3 jam berlalu. Akhirnya lampu merah yang terpapar itu berubah ke hijau. Ikram keluar sambil membuka mask. Wajahnya menunjukkan wajah sedih.

Haiqarl pandang Ikram yang pandang dirinya. Ikram mengangguk.

Mereka semua berlari menuju ke arah Ikram. Ingin dengar berita tentang Isabella.

"Maafkan Ikram tapi, kandungan Isabella tak dapat diselamatkan" ayat Ikram itu seperti berikan satu batu menghimpap Xavier. Alexander tahan penumbuknya.

"I-isabella?" Hasya ingin dengarkan tentang Isabella.

Ikram menggeleng, air matanya menitis. "I-isabella..."

"T-tak, kau tipu kan?" Ayra tak mampu terima kenyataan.

"Isabella koma.."

Jatuh terduduk Xavier di atas lantai. Dia tak percaya.

Alexander tumbuk dinding hospital. Dia seperti Xavier, langsung tak percaya. "Cucu aku!!!"

Ikram pun perit nak terima kenyataan itu. Adiknya koma. "Buat masa sekarang ni, Isabella tak boleh dilawat sesiapa. Dia masih dalam ICU. Jadi hanya boleh lihat dari cermin"

"Isabella.." Hasya peluk suaminya dalam tangisan, termasuk Ayra. Kenapa kawan mereka terima perkara begini?

"Cinta..." Xavier yang masih terduduk di atas lantai itu merintih nama isterinya. Dia sukar untuk terima semua ini. Anak hilang, isteri koma. Macam mana Xavier nak hadap?

Rosean pandang Ikram yang menunduk dari tadi. Dia perlahan-lahan menuju ke arah suaminya. "Abang.." Rosean panggil Ikram.

Ikram pandang Rosean. Rosean depakan tangannya dan Ikram masuk ke dalam pelukkan. Dia menangis di bahu Rosean. Satu-satunya adik kandung yang dia ada.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now