Bab 25

2.8K 154 23
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Hans Xavier tenang menonton TV di ruang tamu. Hari ini dia cuti, jadi dia mahu rehat sepuas-puasnya di rumah.

Nur Isabella pula sedang masak di dapur. Dah dipesan jangan masak, tapi Isabella sendiri mahu memasak. Dia bosan duduk rumah tak buat apa-apa.

Nak kata kemas rumah? Ada bibik yang akan datang setiap minggu untuk kemaskan dari pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang. Kerja Isabella hanya masak dan rehat.

Walaupun Xavier seperti tidak kisah akan Isabella, Xavier tetap jaga Isabella tanpa Isabella sendiri sedar dengan cara melindungi Isabella gunakan Nur Aaira, berikan Isabella rehat gunakan bibik yang datang mengemas dan belanja Isabella apa sahaja Isabella mahukan.

Cuma Xavier kekurangan perhatian untuk diberikan kepada Isabella.

Perhatian Xavier sepenuhnya untuk Adriana Kamelia, betina sundal tu.

"Sayang..." panggil Isabella dengan suara meleret. Dia perlahan-lahan datang menuju ke arah Xavier.

Tempat sebelah Xavier itu didudukinya. Dia usap lengan suaminya itu.

"Hm?"

"Cinta mengidam burger.."

"Suruhlah Aaira belikan, atau Dylan"

"Cinta nak sayang buat.."

"Cinta kan masak tadi?"

"Untuk sayang, tapi cinta nak sayang buatkan burger untuk cinta"

"Ada ke burgernya?"

"Ada!"

"Yelah, jom" Tepat waktu pukul 9 malam, Xavier berdiri dan berjalan menuju ke dapur sambil di ikuti Isabella. Isabella senyum lebar, gembira apabila Xavier layankan karenahnya.

Boleh je beli tapi dia dah lama tak rasa masakkan Xavier.

"Uish, cinta dah siap-siap kan eh?" bahan-bahan untuk buat burger dah siap terhidang di atas meja.

"Mestilah! Cinta tahu sayang akan buatkan jadi cinta keluarkan awal-awal, nak bantu sayang"

"Baiklah. Cinta duduk, biar sayang je buat" Xavier dudukkan Isabella di atas kerusi. Isabella menongkat dagu dan melihat Xavier yang mula menyarungkan apron.

Xavier keluarkan kuali dan diletakkan kuali tersebut di atas tempat masak. Minyak dituang dan Xavier pegang sudip.

Isabella tidak henti matanya melihat Xavier masak di dapur. Dia seperti jatuh cinta semula.

Tiba-tiba tanpa Isabella sendiri mahukan, air mata Isabella mengalir saat dia terfikirkan perangai Xavier beberapa bulan ini. Xavier berubah sangat.

Hanya waktu tidur sahaja Xavier sama tapi selain itu, perangai Xavier berubah. Teruk. Serta sakitkan Isabella.

Isabella menangis tanpa sedar. Matanya masih fokus menatap Xavier walau fikiran melayang.

Xavier tutup api. Selesai masak daging ayam, dia letakkan di atas meja. Pandangan beralih ke arah Isabella. Isabella yang menangis sambil mata tidak lari dari memandangnya, buatkan Xavier pelik.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now