Bab 24

2.5K 145 21
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Semua pekerja di syarikat tersebut berdiri dan menunduk hormat ketika ketua sebenar sebelum Hans Xavier tiba di syarikat itu.

Alexander Iman mengangguk perlahan. Dia senyum untuk membalas senyuman pekerja-pekerja itu.

"Dylan, Xavier ada?"

"Tuan Xavier tak sampai lagi"

"Okay. Saya masuk pejabat dia"

"Tapi ada orang, tuan"

"Isabella ke?"

"Bukan"

"Jadi siapa?"

Nik Dyln terfikir-fikir adakah dia perlu beritahu yang Adriana Kamelia berada di dalam pejabat Xavier.

Perlu ke?

"Siapa, Nik Dylan?"

"Tuan periksa sendiri. Saya tak mampu nak beritahu siapa"

"Ha okay. Saya pelik. Siapa lagi dibenarkan masuk pejabat tu semasa Xavier tiada? Setahu saya hanya Isabella je boleh dan ada kunci pejabat Xavier" selepas berkata begitu, Alexander berjalan masuk pejabat Xavier.

Kelibat gadis yang duduk dihadapan meja kerja Xavier dan membelakangkan Alexander itu buatkan Alexander kerut kening.

"Xavier! You dah sampai-" terkejut Adriana saat Alexander dihadapan matanya.

"Kau buat apa dekat sini?"

"A-ayahanda"

"Siapa ayahanda kau? Aku Alexander Iman, panggil aku dengan panggilan Tuan. Kau tak layak nak panggil aku ayahanda"

Adriana mengangguk perlahan, "maafkan saya tuan Alex" dalam hati Adriana dan teruk memaki Alexander.

"Kau buat apa datang sini? Lagi-lagi masuk pejabat Xavier masa Xavier tiada?"

"Saya datang nak bincangkan projek kami"

"Mana kau dapat kunci?"

"X-xavier yang kasi"

"Kau jangan nak tipu aku. Xavier tak akan mudah kasi dekat sesiapa. Dah. Kau keluar dari pejabat ni!"

Adriana tak mampu buat apa kalau Alexander ada di pejabat Xavier. Alexander sangat berkuasa sehinggakan ramai yang takutkan Alexander.

Termasuk Adriana.

"Baik tuan" Adriana jalan keluar sambil menunduk. Tak sanggup nak bertentangan mata.

Alexander lepas keluh. Dia susah nak percaya apabila Putra Aryan Xander sendiri datang kepadanya dan memberitahu bahawa Xavier ada perempuan lain belakang Isabella.

Sukar untuk diri Alexander percaya akan itu. Isabella antara cucu kesayangannya lagi-lagi Isabella sedang mengandungkan cicit pertama Alexander.

Diri Adriana tadi betul-betul buatkan Alexander percaya akan kata-kata Aryan. Ni tak boleh jadi.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now