Bab 32

3.1K 194 28
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

"Uwekk! Uwek!" Menangis Putera Haidar Iffat semasa Nur Isabella menyusukannya. Isabella pelik. Selalunya Haidar okay je kalau Isabella susukan, tiba-tiba hari ni, Haidar menangis tak tentu pasal.

Dah cuba susu badan, Haidar tak nak. Botol pun tak nak. Dah cuba semua orang, masih tak nak.

Makcik Haiqarl, Haiqarl Daniel, Hasya Arianna dan Tengku Aisy Zahrain mengelilingi Isabella dengan perasaan risau.

Mereka semua dah cuba pujuk, tapi tetap tak boleh.

"Apa kata Bella pasangkan suara papa dia?" cadang Zahrain. Idea tu tiba-tiba datang dekat kepala dia.

Isabella pandang lama Haidar. Dia fikir banyak kali.

Kalau boleh, dia tak nak langsung dengar suara Hans Xavier, sehingga dia jumpa Xavier semula, tapi dia terpaksa.

Setelah berfikir, Isabella pandang Haiqarl, "kau call Ikram"

"Kau serius?"

"Ye. Cakap dengan dia, Haidar nak dengar suara papa dia tapi jangan sampai Xavier sedar"

Haiqarl mengangguk dan terus telefon Muhd Ikram. Selepas beberapa deringan, Ikram angkat. Dia berbual sekejap dengan Haiqarl sebelum menuju ke bilik Xavier. Pintu dibuka perlahan.

Xavier sedang main dengan anak patung baby yang dibeli Rosean Kim. Teddy bear haritu dah rosak.

Ikram dekatkan telefon itu ke arah Xavier yang juga sedang susukan anak patung. "Minumlah anak papa~" nyanyi Xavier perlahan sambil menyusukan anak patung di tangannya.

Mendengar suara Xavier pujuk anak patung itu, Haidar berhenti menangis. Dia minum semula susu.

"Tidurlah~ Anak papa~" nyanyi Xavier lagi. Suara Xavier dan nyanyian merdu Xavier, memang memujuk Haidar sehingga tidur. Mereka semua dah syukur Haidar berhenti menangis.

Kecuali Isabella.

Dia sedih mendengar suara Xavier dari dalam telefon. Dia tahu suaminya perlukan dia, tapi hatinya masih berat nak balik.

Haidar perlukan papanya. Tapi Isabella masih sukar untuk angkat kaki dari dunia Rusia ini dan pulang ke dunia Malaysia.

"Anak papa, Haidar, papa ada dengan Haidar ni... Haidar tidur eh? Mama sibuk jadi papa tak boleh kacau mama. Papa tidur dengan Haidar tau?" kecil je suara Xavier bercakap dengan anak patungnya itu.

Dia memang bayangkan itu anaknya betul.

Menitis air mata Isabella ketika Xavier sebut nama Haidar. Dia tak sangka Xavier tahu nama anak mereka.

"Ikram ada beritahu yang Xavier tahu sendiri, dari dalam mimpi. Sampai sekarang, anak patung yang dia anggap anak tu dia panggil Haidar"

"Tutup Haiqarl" Isabella bangun dan letakkan anaknya ke dalam tempat tidur baby. Isabella kucup dahi Haidar serta selimutkan anaknya itu sebelum keluar dari bilik.

Haiqarl masih tak matikan panggilan melainkan mendengar suara Xavier.

"Papa rindu mama.. Papa nak mama.. Bila mama nak balik, Haidar?" kata Xavier lagi kepada anak patungnya itu.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now