Bab 34

3.5K 189 13
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Putera Haidar Iffat yang berada dalam stroller baby diam main anak patung kegemaran yang dibeli oleh Haiqarl Daniel. Patung kartun Minion.

Nur Isabella tolak stroller baby Haidar ke arah pintu keluar KLIA. Senyuman di bibir Isabella terukir.

"Akhirnya, tanah airku"

Skip

Hans Xavier pegang erat pisau di tangannya. Dia mimpi Isabella bersama lelaki lain. Nama lelaki itu pula jelas terbit di fikiran Xavier.

Tengku Aisy Zahrain.

Xavier rasa kecewa sangat. Isabella pegang seorang bayi di tangan sambil memimpin Zahrain. Melihat situasi itu dalam mimpi, Xavier rasa seperti dia kalah.

Bangun tidur, Xavier menangis. Dia yang dah gila itu menjadi lebih gila saat mimpi itu lalu di fikirannya ketika tidur.

"C-cinta jahat..." luah Xavier sambil menangis. Dia lalukan pisau tersebut ke arah tangan kirinya. Dia tekan dan dalam fikirannya tak boleh fikir lain selain nak tamatkan hidupnya. Dia hanya perlukan Isabella, tiada orang lain.

Alexander Iman tolak pintu bilik Xavier. Dia dapat lihat dari CCTV situasi Xavier. Alexander tak boleh hilang Xavier.

"Hans!" Alexander tuju ke arah Xavier. "Letak pisau tu Hans!"

"Jangan dekat ayahanda! Hans nak Bella! Kalau tak ada Bella, Hans tak nak hidup dah" Xavier arahkan pisau itu ke arah Alexander. Air matanya dah lebat mengalir.

"Sayang... Letak pisau tu please.." Isabella yang dah datang di mansion Alexander, cepat-cepat menuju ke bilik Xavier. Dia dapat dengar suara Alexander dan Xavier.

Xavier terkaku. Pisau ditangannya jatuh serta merta. Dia tak sangka Isabella ada dihadapan matanya.

"Sayang tak mimpi kan? Cinta betul-betul ada depan mata sayang ke?"

"Ya sayang, ini cinta. Cinta dah kembali sayang" Isabella depakan tangannya. Xavier perlahan-lahan jalan ke arah Isabella. Dia geleng-geleng tak percaya, "C-cinta.. Sayang rindu..." Xavier terus peluk Isabella.

Isabella tepuk belakang badan Xavier. Air matanya juga mengalir. Dia rasa seperti isteri yang derhaka terhadap suaminya.

"Maafkan cinta, sayang. Cinta dah balik ni. Cinta janji tak akan tinggalkan sayang lagi okay?"

"J-janji?"

"Janji" bisik Isabella. Xavier erat peluk isterinya. Dia tak akan lepaskan Isabella lagi, itu janjinya.

"Cinta ada hadiah untuk sayang"

"Maksud cinta?"

Zahrain masuk ke dalam bilik dengan membawa Haidar di tangan. Haidar dah semakin besar memandangkan umurnya dah cecah 10 bulan.

"Z-zahrain?"

"Ye adik ipar"

"Ha?!"

Skip

"Bukan pegang macam tu, sayang" Isabella betulkan pegangan Xavier kepada Haidar. Wajah Xavier berubah sangat semasa Haidar berada di tangannya.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now