Bab 22

2.3K 143 20
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Pintu kaca restoran ditolak dari luar oleh Putra Aryan Xander untuk isterinya, Ayra Medina.

"Terima kasih bie" ucap Ayra dengan senyuman. Tanpa disedari Ayra, banyak mata yang memandang senyuman Ayra dan jatuh cinta.

Aryan yang sedar akan mata-mata tersebut, menarik pinggang Ayra mendekat dengannya. "Sayang nak makan mana?" tanya Aryan.

Ayra pandang sekeliling dan tempat makan yang agak berselindung itu ditunjuknya. "Jom duduk sana!"

Aryan mengangguk. Dia memegang erat tangan Ayra dan mereka sama-sama jalan menuju ke meja makan yang dipilih Ayra. Aryan menarikkan kerusi dan Ayra duduk di kerusi yang ditarik Aryan.

Aryan duduk berhadapan Ayra. Pesanan dibuat.

"Bie nak tahu tak?"

"Tahu apa tu?"

"Isabella mengandung! Seronok betul Ayra dengar tau!"

"Sayang nak mengandung jugak ke? Boleh je. Tapi bie kena usaha lebih lah"

"Sampai kesitu pulak bie ni. Memanglah Ayra nak mengandung tapi kita tunggu jelah Allah kasi rezeki tu"

"Rezeki tu perlukan usaha sayang. Kita kena banyakkan waktu bersamalah baru cepat baby tu menetap dalam perut sayang"

Mendengar ayat Aryan itu, Ayra memerah malu. Aryan ni suka betul kenakan Ayra.

Sedang mereka berbual sambil menunggu pesanan sampai, mata Aryan tangkap kelibat Hans Xavier yang masuk restoran sambil tangannya pegang tangan seorang gadis.

Aryan pasti yang gadis itu bukan Nur Isabella. Gadis itu tidak bertudung.

Xavier pimpin tangan Adriana Kamelia masuk ke dalam restoran. Adriana terseliuh semasa keluar kereta jadi Xavier pimpin Adriana supaya tiada cedera lagi.

Melihat kemesraan Xavier dan Adriana itu, buatkan Aryan rasa marah tiba-tiba. Dia benci apabila Xavier bersama perempuan lain.

"Bie tengok apa tu?"

"Lepas makan, kita terus balik tau?"

"Alah kenapa pulak? Kata nak spendtime lama-lama" Ayra menunduk. "Bie rasa meluat pulak tengok pasangan belakang kita ni"

"Siapa?" Ayra pusing belakang dan dia terkejut apabila Xavier duduk semeja dengan Adriana.

Kejap.

Xavier curang ke?

Manakala di situasi Xavier, Xavier pesan makanan untuk Adriana. Entah kenapa Xavier boleh senang-senang setuju untuk makan bersama Adriana.

Selalunya Xavier mesti balik rumah untuk makan, tapi dah beberapa hari ni, dia asyik makan bersama-sama Adriana.

"Isteri you kasi ke makan dengan I ni? Nanti apa kata bini you kan?"

"Bini I okay je. Lagipun you business partner I dan kawan I, jadi boleh je. You kan lapar, jadi I belanja lah you"

"Baiklah you ni. Mesti untung bini you dapat you kan?" senyum manis Adriana ukir.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now