Bab 29

3.1K 184 12
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Bayi dalam dukungannya itu, diusap-usap dengan penuh kasih sayang. Hans Xavier senyum melihat bayi yang dijaganya ketika ini.

Xavier rasa ketenangan yang dah lama dia nantikan. Bayi yang tidur dalam perhatiannya itu betul-betul berikan dia rasa menjadi seorang ayah.

"Comelnya anak papa" kata Xavier sambil berbual dengan bayi yang dipanggil 'anak'nya itu.

Xavier mengusap bayi itu tanpa mengisahkan disekitarnya.

Sedang dia menjaga bayi tersebut, tiba-tiba bayi itu perlahan-lahan hilang dari tangannya. Xavier kerut dahi, pelik. Mana 'anak'nya hilang?

Xavier berdiri dari sofa. Matanya pandang ruang disekitarnya yang berwarna putih. Tadi dia seakan-akan berada di ruang tamu.

Satu bayang dihujung, menarik perhatian Xavier. Xavier cuba melihat bayang itu tetapi bayang itu hilang menjauh dari Xavier.

Xavier seakan-akan kenal bayang siapa tapi sukar untuk dia meneka.

Akhirnya dia terbangun dari tidur kerana rasa panas. Baru Xavier sedar yang biliknya tidak dipasang aircond. Xavier bangun dan on kan suis aircond.

Teddy bear biru kepunyaan Nur Isabella, dijadikan tumpuan Xavier. Dia menuju ke arah teddy bear tersebut dan diambil. Dia mendukung teddy bear itu seakan-akan dalam mimpinya tadi. Dia dapat rasakan anaknya.

Entah kenapa, Xavier tak rasa anaknya mati. Dia rasa anaknya mencari-cari kelibatnya.

Xavier tak mampu nak rasa sedih atau gembira. Dia cuma rasa tenang ketika bayangkan teddy bear itu adalah anaknya.

Terlintas satu nama dalam fikiran Xavier untuk menyebut teddy bear itu, diberikan gelaran, "Haidar anak papa..."

Dia pasti jika anaknya selamat dilahirkan, mesti namanya Haidar Iffat, antara nama pilihan dia dan Isabella dahulu. Nama itu antara nama gabungan Xavier dan Isabella, iaitu Hans dan Isabella, H I.

Di tepuk-tepuk belakang badan teddy bear itu. Dia bayangkan dia baru lepas susukan.

Dari luar pintu, Alexander Iman menggeleng kepala melihat cucunya. Semakin hari, semakin teruk keadaan Xavier. Xavier makin hilang kawalan diri.

Suka membayangkan sesuatu yang tiada. Suka berimaginasi benda-benda pelik. Suka bersendirian dan suka cederakan diri sendiri.

Kalau nak makan pun, Ayra Medina atau Rosean Kim kena masakkan ikut resepi Isabella, kalau tak, Xavier tak nak makan.

Kena sama baru boleh Xavier makan. Dia hanya mahukan Isabella.

Alexander sedih ketika dia terima dari Muhd Ikram yang Xavier kemungkinan mengalami penyakit mental yang teruk sehingga boleh bawak kepada gila. Kehilangan anak dan isteri serta rasa bersalah dalam diri itu menjadi punca Xavier menjadi seperti itu.

Xavier sendiri tak nak terima realitinya. Dia perlukan Isabella sahaja.

Alexander nak bawak Xavier pergi jumpa doktor pakar, tapi Rosean dan Putra Aryan Xander tak benarkan.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now