Bab 37

3.6K 159 21
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

9 bulan berlalu begitu sahaja. Kehidupan Hans Xavier dan Nur Isabella, bertambah bahagia dengan kehadiran si kembar dalam hidup mereka termasuk Putera Haidar Iffat. Haidar pula dah pandai berjalan.

"Anak papa..." Xavier tatap wajah anak kembar tidak seirasnya, lelaki dan juga perempuan. Baru sahaja dilahirkan pagi tadi.

"Dah ada nama ke?" tanya Alexander Iman. Dia dan Xavier je yang dibenarkan melawat Isabella. Isabella perlukan banyak rehat jadi tak boleh terima pelawat yang ramai.

"Dah ada!"

"Jadi namanya?"

"Si lelaki, Putera Hayyad Imtiyaz dan si perempuan pula Puteri Hafiya Iffah"

"Ada maksud ke nama diorang?"

"Nama maksud Hayyad ialah Putera pilihan manakala maksud nama Hafiya ialah Puteri yang sangat baik dan tahu harga diri serta kesuciannya" nama yang dipilih oleh Isabella dan Xavier.

Hayyad dan Hafiya, si kembar tak seiras. Dua-dua mempunyai warna rambut yang sama, iaitu warna perang. Mata juga sama, warna coklat.

Kedua-duanya tidak sama sifat dengan Haidar. Hayyad dan Hafiya ada sifat yang suka ganggu Isabella ketika tidur.

Selalu meragam.

"Terima kasih Hans sebab tunaikan permintaan ayahanda" Alexander bersyukur sangat dia dikurniakan cicit yang sihat.

Dahlah sihat, lepastu lawa-lawa pulak.

"Ayahanda kena ucapkan terima kasih dekat Bella, dia yang banyak berkorban" Xavier usap kepala Isabella. Isabella masih tidur selepas melahirkan si kembar.

Langsung tak sedar tau.

Kata doktor, Isabella penat sangat. Lahir normal tau!

"Mestilah ayahanda ucapkan dekat cucu perempuan ayahanda ni. Dia antara yang penting dalam hidup ayahanda. Kamu berdua sangat berharga untuk ayahanda" Alexander usap kedua-dua kepala cucunya. Kasih sayangnya kepada Xavier dan Isabella, tiada tandingannya.

Dia bersyukur sangat Allah kurniakan dia cucu yang terbaik dalam hidupnya.

Tidak berteman tak apa.

Asalkan ada cucu-cucu dan cicit-cicit yang sentiasa menemani hidupnya sehingga ke tua.

Skip

"Yah Ikram! Kenapa ajar Izyan benda macam tu?!" Rosean Kim dari dapur, berlari ke ruang tamu. Telinga Muhd Ikram ditarik. Geram bila dia dengar dari Putra Aryan Xander, kaki mengadu itu beritahu yang Ikram ajar Izyan hisap vape.

"Auch! Sakit sayang! I gurau je! Lepaskan!" Ikram pegang tangan isterinya. Sakit woi bini tarik telinga!

Izzara Raissa dan Izyan Rais yang lihat kedua-dua daddy mummynya menepuk tangan. Suka bila mummy marah daddy!

"Ha ajarlah lagi Izyan bukan-bukan! I piat-piat telinga you sampai tercabut!"

"Yeee tak buat dah! Sorry you!" Ikram usap-usap telinganya yang pedih ditarik.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now