Bab 9

2.8K 176 4
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Bush!

Nur Isabella menhentak kayu yang dijumpainya tadi ke kepala seorang lelaki. Seorang lagi terkejut melihat kawannya dipukul dan melepaskan tembakan tanpa sengaja.

Tembakan itu terkena bahu kanan Isabella tanpa sempat Isabella mengelak. Hans Xavier yang menunggu masa untuk serang, terus menyerang lelaki yang menembak Isabella itu.

Ingatkan nak tunggu timing, tapi tak dapat sebab Isabella ditembak. Dipukul lelaki itu sehingga pengsan.

Isabella menahan rasa sakit di bahu. Dia duduk bersandarkan kereta dan lelaki yang terbaring lemah dihadapannya sudah pengsan akibat hentakan kuat di kepala.

Xavier keluarkan first aid dari bonet kereta. Dia menuju ke arah Isabella, "bukak baju kau"

"Memang taklah!"

"Aku nak rawat kau, bukan nak apa-apa kan kau. Darah tu teruk mengalir dekat bahu kau tahu tak?" marah Xavier.

Isabella yang tak mampu tahan sakit, mengikut sahaja arahan Xavier. Dia menanggalkan cardigan yang dia pakai.

Tempat ditembak itu ditolak sedikit. Xavier melihat darah yang teruk mengalir.

"Tahan sikit. Kalau tak tahan sangat, kau gigit tangan aku"

Isabella hanya mengangguk. Dia mengenggam baju Xavier. Peluru itu perlahan-lahan dikeluarkan.

Air mata Isabella mengalir kerana sakit. Xavier berusaha rawat perlahan-lahan dan berhati-hati. Dia tak nak sakitkan Isabella.

Selepas peluru dikeluarkan, bahu Isabella dirawat dan dibalut. Sepanjang proses rawat itu, Isabella hanya diam dan menangis.

Dia tak mampu nak halang sebab rasa sakit itu menekan dirinya.

"Dah siap. Ni boleh untuk hentikan darah sebelum kita pergi hospital. Kau boleh berdiri tak?" tanya Xavier. First aid itu disimpan.

Isabella menggeleng. Tenaganya hilang.

Xavier mengangkat Isabella gaya bridal style dan diletakkan Isabella ke seat sebelah pemandu dan Xavier masuk ke seat miliknya.

"Aku minta maaf"

"K-kenapa kau nak minta maaf?"

"Sebab aku lah, kau kena macam ni. Sepatutnya aku tak bagi kau lawan tadi"

"Tak apalah, lagipun aku yang nak tolong. Memang sakit peluru tu, tapi aku boleh tahan. Terima kasih sebab rawat aku, Hans Xavier"

Melihat senyuman manis Isabella, Xavier rasa senang hati. Isabella berjaya hilangkan gementar dan takut Xavier.

Pintu kereta diketuk dari luar. Putra Aryan Xander dah tiba dengan Rosean Kim dan beberapa anak buah mereka. Xavier membuka pintu kereta dan keluar.

"Korang dua ke belasah dua Mamat ni?" soal Rosean. "Yeah, Isabella yang cadangkan. Korang boleh setelkan? Aku nak bawa Isabella pergi hospital."

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now