Bab 15

3K 161 4
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

"Akhirnyaaaa! Habis gak majlis!" keluh lega Nur Isabella saat habis majlis sanding dia dan Hans Xavier. Penat woi! Dahlah dia berdiri dengan kasut tumit tinggi dia sepanjang masa.

"Suka ye kau" Ayra Medina yang menjadi peneman Isabella itu duduk di atas sofa. Dia pun penat.

"Kau suka-suka ye Bell, jangan lupa, malam ni" pesan Hasya Arianna. Isabella yang mendengar, dari menari kegembiraan itu terus berdiri tegak.

"Yah kau ni spoil kanlah!"

"Betul apa aku cakap. Aku dengar, Xavier tu ganas orangnya. Dahlah badan pun berotot" Hasya sengaja ingin takut-takutkan Isabella.

"Dahlah. Dari aku lepak dengan korang, baik aku mandi. Melengas badan aku!" Isabella masuk ke dalam lift dan meninggalkan dua sahabatnya di ruang tamu.

Hasya dan Ayra akan tinggal di mansion untuk sementara. Ini pesan Alexander.

"Mana Bella?" Xavier yang baru sahaja tiba, datang ke arah Hasya dan Ayra. Habis sahaja majlis, Isabella awal-awal dah lari dari Xavier.

"Bella? Dia dah masuk bilik." Ayra betulkan duduknya.

Xavier mengangguk. Dia masuk lift untuk kebiliknya dengan Isabella. Bilik dia pun dihias khas oleh Rosean.

Nasib dia bawak baju dalam bilik air. Isabella keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya. Dia menuju ke arah meja solek.

Skincare-skincare miliknya disapu di wajah. Semenjak tinggal dengan Alexander ni, Isabella banyak mengamalkan kecantikan wajah.

Pintu bilik dibuka dari luar. Xavier masuk sambil membuka baju kemejanya. Isabella diam tanpa memandang Xavier.

Bauan Isabella menusuk ke dalam rongga hidung Xavier. 'Haish wanginya'.

"Malam ni kemas barang" pesan Xavier. Isabella pelik. "Kenapa nak kemas barang?"

"Esok kita terus gerak ke Paris, untuk bercuti"

"What? Cepatnya!"

"Mestilah. Honeymoon kan? Kalau boleh tolong kemas baju aku sekali" Xavier usap kepala Isabella sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Isabella yang tahu tugasnya sebagai seorang isteri itu masuk ke dalam ruang pakaian. Pakaian-pakaian miliknya juga sudah dibawa masuk ke dalam bilik Xavier.

Luggage dikeluarkan. Isabella ambik beberapa baju yang sepatutnya dibawa dan disusun kemas ke dalam dua luggage, satu Xavier dan satu miliknya.

"Tolong hulurkan baju aku" Xavier habis mandi sahaja terus ke ruang pakaian. Isabella tahan matanya dan ambil pakaian tidur Xavier.

"Habis kemas tu terus pergi katil. Ada benda aku nak bincang"

"Baik" walaupun dia dan Xavier memang cintakan antara satu sama lain, selepas kahwin, Isabella rasa awkward sangat dengan Xavier.

Habis sahaja kemas, Isabella bangun dan perlahan-lahan berjalan menuju ke ruang katil. Dia dapat lihat Xavier yang fokus tonton televisyen dalam bilik.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now