Ending 1 : Bab 38

3K 126 7
                                    

renew sorry :)

Hans Xavier & Nur Isabella

[ Setahun Kemudian ]

[ 🧁🧁🧁 ]

"Cepat Dylan! Saya nak beranak dah ni!" Nur Aaira menjerit dalam kereta kerana rasa sakit di perutnya yang semakin menekan. Dia dah nak beranak!

Bukan Aaira saja, Nur Isabella yang berada di seat belakang juga nak melahirkan anak. Ketuban Aaira dan Isabella pecah serentak.

"Sakit Dylan.. Saya tak tahan dah ni.." keluh Isabella kerana rasa sakit di bahagian keperempuanannya. Hans Xavier tiada disisinya kerana Xavier ada kecemasan di Sabah semalam.

Patutnya tarikh pergi hospital minggu hadapan, tapi Isabella terawal pula.

"Sabar sayang, sabar puan. Dah nak sampai dah ni"  Nik Dylan dah kalut bawak kereta. Nasib dia orang kepercayaan Xavier untuk bawa kereta.

Dylan pun pernah mendapat hadiah kereta semasa hari jadinya dan hadiah rumah untuk perkahwinan dia dan Aaira. Dylan memang orang terpenting Xavier.

Sampai je di hospital, Dylan berhenti di kawasan kecemasan. Nasib dia dah awal-awal telefon Muhd Ikram tentang Isabella dan Aaira jadi ada beberapa orang nurse dah tunggu di pintu kecemasan.

Dylan keluar dan bantu jururawat yang ada untuk buka pintu. Dylan pimpin isterinya manakala Isabella dipimpin Ikram.

"Sakit abang..." kuat Isabella gengam tangan Ikram. Kandungannya yang ketiga ini sangat sakit.

Mungkin kerana dia bawa tiga bayi.

Aaira pula kerana anak pertama, jadi dia agak kalut.

3 tahun kahwin, baru dia menimang cahaya mata.

"Abang tahu adik. Adik tahan okay? Wad tak jauh pun" Isabella dibaringkan di atas katil hospital.

Katil Aaira dan katil Isabella dibawa terus ke pintu pembedahan. Isabella dan Aaira memilih untuk beranak czer.

Isabella tak nak melahirkan normal kerana kandungannya yang lain dari yang sebelum ini manakala Aaira takut untuk lahir normal.

Dylan pandang Ikram. "Tak sangka anak aku akan sama usia dengan anak tuan Xavier"

"Itulah tu. Kalut aku bila kau call kata otw sebab dua orang tu nak beranak"

"Hahaha. Aku sendiri tak terfikir tau. Tiba-tiba je Aaira menjerit sebab sakit, lepastu Isabella pulak sambung jeritan Aaira. Dahlah dua-dua tu tengah seronok makan keropok sambil tengok concert Billie Eilish"

"Patutlah.." mereka berdua menunggu di kerusi berhadapan wad kecemasan.

Selang beberapa minit, Xavier yang pulang gunakan kapal terbang peribadinya, cepat-cepat menuju ke wad kecemasan yang menempatkan isterinya.

"Mana Bella?" tanya Xavier apabila dia tiba dihadapan Ikram dan Dylan.

"Dalam wad dengan isteri saya tuan" Dylan tunduk hormat.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now