Bab 16

3.2K 155 7
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

"Cantiknya!" tiba sahaja di hadapan hotel, Nur Isabella memuji persekitaran kawasan yang dia dengan Hans Xavier berada sekarang iaitu di, Capital of France, Paris.

"Awak! Awak! Kenapa cantik sangat paris ni?" Isabella tak sabar-sabar nak berjalan di setiap pelusuk France. Xavier yang sibuk daftar bilik mereka pun diganggu Isabella dengan sengaja.

Perasaan excited Isabella kali ini, lain macam!

Lagi-lagi bila Xavier layan dia baik je.

"Lambat lagi ke awak? Saya dah tak sabar ni!" keluh terlepas dari mulut kecilnya. Isabella tarik-tarik tangan Xavier tanpa endahkan orang sekeliling yang pandang.

Inilah satu sifat Isabella kalau orang rapat dengan dia.

Sifat kebudak-budakan.

"Ye sabar sayang. Kita kena kemas baju dulu dalam bilik baru kita pergi jalan-jalan okay?" Xavier pun letih sebenarnya layan perangai Isabella.

Tapi dah sayang kan.

Selesai sahaja daftar, beg mereka dibawa oleh pembantu-pembantu hotel tersebut. Isabella dibawa Xavier masuk ke dalam lift untuk kebilik mereka yang berada di tingkat 12.

Semasa di dalam lift, Xavier peluk pinggang Isabella dengan erat sekali kerana ada mata-mata yang tajam pandang Isabella.

Xavier rasa baju Isabella dah besar dah, kenapa masih lelaki-lelaki dalam lift ni pandang Isabella?

"Aku nak kau peluk aku" bisik Xavier di telinga Isabella yang dilapit tudung. Isabella mengangguk dan memeluk suaminya. Dia juga dapat rasa dia diperhatikan.

Lelaki-lelaki yang melihat Isabella dari tadi, terus berhenti memandang apabila mereka terpandang akan Xavier yang matanya dah tajam.

'Apa sial tengok badan bini aku? Eh aku bunuh satgi baru tahulah!'

"Awak, panas" Isabella pandang Xavier. Panas bila peluk-peluk dalam lift ni.

"Tahan. Lagi dua tingkat kita sampai okay?" Xavier usap belakang badan Isabella. Kesian isterinya panas.

Tiba jua di tingkat 12, Xavier dan Isabella keluar dari lift dan terus menuju ke bilik mereka. Kad yang sebagai kunci itu ditekan di pintu dan ditolak pintu oleh Xavier. Mereka berdua masuk dan suasana bilik yang sudah dihias pihak hostel itu, dijadikan hiasan mata.

"Wahhhhh! Lagi cantik!" Isabella melompat suka dan peluk Xavier semula. Dia kucup-kucup pipi Xavier. "Terima kasih awak untuk semua ni! Cantik sangat! Saya suka!"

"Ye sayang, sama-sama. Jom kemas barang-barang kita dulu okay?"

"Hm okay!"

Skip

"Kita buat apa dekat France ni, Darwish?" soal Sofya Talina setelah dia dan Darwish Farhan tiba di dunia France. Mereka berdua sekarang berada di dalam kereta sewa Darwish.

"I dapat tahu yang Hans dan Bella honeymoon dekat France"

"Okay pastu?"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now