Bab 36

3.2K 162 12
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Selepas sahaja pembedahan selesai, Nur Isabella ditempatkan di sebuah wad privasi. Dalam bilik itu dipenghuni oleh Isabella, Hans Xavier, Alexander Iman, Haiqarl Daniel dan Hasya Arianna.

Putera Haidar Iffat dijaga oleh Muhd Ikram dan Rosean Kim.

"Kau jangan risau Xavier, Isabella okay" Haiqarl tepuk bahu sahabatnya. Dia rasa kecewa apabila tak ada masa mereka yang lain diserang.

Xavier hanya mengangguk. Dia langsung tak bersuara dari datang hospital sehingga Isabella terbaring atas katil. Dia usap lengan kiri Isabella.

Tangan kanan Isabella mungkin tak dapat digunakan buat sementara waktu. Kesan tembak tidak teruk, tetapi masih beri kesan kepada Isabella.

Dari bawah bahu sehingga pergelangan tangan, tangan kanan Isabella dibalut. Xavier tak mampu nak rasa apa-apa kecuali rasa gagal.

"Sayang..." Isabella sedar. Dia panggil suaminya.

"Cinta dah sedar?" Xavier pandang ke arah Isabella.

"Ye. Sayang kenapa menangis ni?" Isabella cuba gerakkan tangan kirinya, tetapi dihalang Xavier, "cinta kena rehat. Biar sayang tolong cinta" Xavier rapatkan wajahnya dengan wajah Isabella.

"Tangan cinta macam mana?"

"Doktor kata, cinta mungkin tak boleh gunakan tangan kanan buat sementara waktu. Lepas sebulan, cinta akan ada temu janji dengan doktor untuk periksa keadaan tangan kanan cinta"

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu" Isabella bersyukur yang tangannya masih boleh digunakan.

"Ada lagi satu berita untuk cinta"

"Apa dia?"

"Doktor dapat kesan tadi masa dia periksa cinta. Cinta disahkan mengandung seminggu"

"Jap, seriuslah?"

"Yup! Sayang pun terkejut sebenarnya tapi doktor dah buat pemeriksaan ke atas cinta berulang kali. Memang positif"

"Ya Allah, alhamdulillah.." tangan kiri Isabella diangkat dan dirinya mengusap perut.

"Kali ni, cinta yang akan jaga sayang dan anak ni. Kita akan besarkan dia bersama-sama"

"Mestilah!" Isabella rasa gembira sangat apabila dia disahkan mengandung. Impiannya untuk dapatkan anak, tercapai jua.

"Dah dah lah tu. Ayahanda bukan patung dekat sini" dari tadi Alexander perhati je drama cucu-cucunya itu. Malas nak ganggu tapi dah rasa terlalu single.

"Ayahanda!" panggil Isabella. Alexander dengan senyuman datang ke arah cucu perempuannya. "Ye Bella, kenapa tu?"

"Darwish tembak lengan Bella, sakit" bila dengan Alexander, sifat manja dan lemah Isabella ditunjuk. Alexander suka sifat Isabella begitu, rasa seperti Isabella tu masih cucu kecilnya. "Darwish tu akan kena dengan ayahanda. Dia memang cari nahas! Sampai hati dia buat cucu ayahanda yang cantik ni" Alexander usap atas kepala Isabella.

Isabella sengih. Suka apabila dimanjakan.

"By the way, Rosean dengan Ikram dah beritahu ke nama anak kembar diorang?" tanya Isabella. Dah lama dia tunggu nama anak Rosean.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now