Bab 20

2.9K 128 9
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Butang baju kemeja putihnya itu dibutangkan. Hans Xavier melihat penampilan dirinya di hadapan cermin sambil memuji diri sendiri.

"Handsome jugak aku ni kan? Patutlah ramai perempuan suka dekat aku" Xavier sengih sendiri. Dia tak sedar yang Nur Isabella dah masuk bilik dan perhati diri Xavier dari awal lagi.

"Kenapa kau ni kacak sangat eh Xavier? Mesti Bella rasa bertuah dapat aku. Untungnya!" makin tinggi diri Xavier memuji diri.

Isabella bersyukur yang dia rakam Xavier puji dirinya sendiri dari awal dia masuk bilik.

Xavier ambik kot baju dan sarung di badan. Rambut ditolak kebelakang sambil bibir tersenyum-senyum, "aku ni memang handsomeeeeee!"

"Ni kalau viral dekat tiktok ni, mesti masuk FYP. Tajuk dia, ketua mafia puji diri sendiri dihadapan cermin. Konfem terus naik followers!" Isabella memerli Xavier.

Xavier pusing tubuhnya dan terkejut melihat Isabella. "Sejak bila cinta masuk?!"

"Sejak ada orang tu cakap depan cermin dan puji diri sendiri. Nak tahu tak dia puji apa?" kening diangkat.

Xavier diam dan perhati Isabella, "handsome jugak aku ni kan? Sebab tu ramai perempuan suka dekat aku. Ohhh, gatal ye nak semua perempuan suka. Macam ni eh sayang sekarang. Gatal!"

"Alahhh cinta... Sayang gurau je"

"Gurau gurau! Perlu ke gurau pasal perempuan ha? Ey dahlah!" Isabella keluar dari bilik semula. Dia menjeling Xavier sebelum keluar.

Xavier angkat beg kerjanya dan dibawa keluar bilik. "Cinta marahkan sayang ke?"

Isabella hanya membalas soalan Xavier dengan pandangan tajamnya itu. Dia hentak mangkuk penuh nasi goreng ke atas meja makan.

Xavier duduk di meja makan. Dia perhati Isabella, "alah cinta.. Sayang gurau je. Serius! Sayang mana ada orang lain selain cinta seorang. Sayang setia tau!"

"Patutlah ramai perempuan suka dekat aku!" Isabella buat memek muka Xavier serta suara Xavier semasa Xavier di dalam bilik tadi.

"Apa ni cinta perli-perli sayang? Tak elok tau!"

"Ouhh gatal tak apa pulak? Cinta perli je cakap macam-macam" Isabella letakkan pinggan dan sudu garfu di bahagian dirinya dan Xavier.

Kopi setiap pagi Xavier juga dihidang. Isabella duduk berhadapan dengan Xavier.

Nasi goreng di senduk di pinggan Xavier. "Dah makan. Jangan nak banyak cakap"

"Alorh cinta. Maafkan sayang dulu please~"

"Kalau sayang tak nak makan, biar cinta je makan" Isabella saja cuba untuk ambik pinggan Xavier. Xavier cepat-cepat menghalang, "nanti sayang nak makan apa?"

"Makan hati cinta ni! Ergh!"

"Cinta ni, dah sebulan ni, cepat betul cinta terasa eh?"

Buat seketika, Xavier terlupa akan ayatnya yang terlepas dari mulut. Isabella sebenarnya saja nak bergurau dengan Xavier tapi bila dengar ayat Xavier ini, Isabella terasa.

"Awak makanlah. Saya nak ampai baju" Isabella berdiri. "Eh kenapa cinta tak makan? Tak lapar ke?" melihat isterinya berdiri itu, Xavier pun berdiri. Dia tahu Isabella terasa bila Isabella gunakan 'awak saya'.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now