Bab 2

4.1K 242 14
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

   Kompang ditepuk. Lagu dimainkan. Suasana di majlis pernikahan sangat meriah dengan pelbagai adat dijalankan. Walaupun sudah zaman moden, pengantin tersebut masih menggunakan pemain kompang asal untuk meriahkan lagi majlis perkahwinannya.

Sesi makan diadakan selepas tamat sahaja adat pembatalan wudhuk. Nur Isabella duduk bersebelahan pengantin perempuan dan makan jamuan yang disediakan.

Bukan sahaja pengantin yang makan, tetamu-tetamu yang hadir juga makan sambil berbual dan menatap pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua.

Seorang cantik rupanya dan seorang lagi tegap badannya.

"Macam mana hari ni? Okay tak?" tanya si pengantin perempuan aka sepupu Isabella dan Ikram, Siti Haliza.

Isabella yang sedap makan udang, menjeling sepupunya itu sambil berkata, "okay je cuma tak ada baju lain ke? Ketat tau kain ni" keluh Isabella lagi.

Haliza tergelak kecil, "alaa sorry lah. Aku cuma nak kau tunjukkan sikit badan kau yang kurus tu. Asyik pakai seluar je, cuma skirt sekali sekala"

"Masalahnya aku tak suka. Nasib hari kau, aku ikutkan je. Kalau tak, memang taklah!"

"By the way, kau tak ada minat sesiapa ke dekat majlis ni?" Haliza membantu suaminya untuk mengambil lauk di atas meja.

Isabella mengangkat kedua-dua bahunya, "tah. Semua sama je"

"Kau ni, cubalah bukak hati tu sikit"

"Maleh. Kau bukan tak tahu aku benci bercinta. Ada hati nak aku bukak hati" inilah Isabella yang sebenarnya.

Selepas bekas teman lelakinya curang, Isabella langsung tidak percaya akan namanya cinta. Bagi dia, cinta ni menyusahkan. Memang dia tak akan mudah jatuh cinta.

Haliza mengangguk perlahan, tak boleh nak buat apa.

"Bro!" Hans Xavier yang baru sahaja tiba, menyapa sepupunya aka pengantin lelaki, Muhammad Haikal. Haikal membalas pandangan Xavier, "laaa lambat datang bro?"

"Ada mesyuarat penting tadi. By the way, selamat pengantin baharu! Cepat-cepat sikit dapat anak, boleh aku hadiahkan kereta dekat anak kau" ucap Xavier.

Haikal menumbuk perlahan bahu Xavier, "anak aku tu kalau lahir dah dapat kereta, habislah kau. Bukan anak aku yang guna, aku yang guna nanti! Hahaha!"

"Hahaha bodohlah kau! Okaylah, aku nak pergi makan. Selamat pengantin baru lagi sekali Haikal dan Haliza" Xavier mengukir senyum.

Haliza memandang Xavier dan membalas senyuman, "terima kasih"

Saat Xavier ingin beredar, matanya saling membalas pandangan dengan Isabella yang masih sibuk makan.

Dan semuanya bermula.

Skip

Telefon dimasukkan ke dalam beg. Semak kepala Isabella apabila bekas teman lelakinya yang curang itu datang kembali dan merayu mahu Isabella kembali.

Dia ingat Isabella ni senang-senang nak bagi peluang kedua?

Abang sendiri pun Isabella susah nak maafkan, ini kan lelaki asing yang baru muncul dah buat hal.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now