Bab 11

2.9K 175 7
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Akhirnya, dua bulan sudah berlalu. Perjanjian antara Alexander Iman dan Hans Xavier akan diselesaikan hari ini. Xavier yang masih tiada pilihan untuk dijadikan isteri itu mula resah.

Macam mana dia nak dapatkan empire Alexander kalau dia masih tak tunaikan syarat yang dikenakan?

Haiqarl Daniel yang baru tiba, mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pelik apabila Xavier berjalan kehulur kehilir macam orang tak betul.

"Kau dah kenapa Xavier?" tanya Haiqarl.

"Aku masih tak ada calon isteri!" keluh Xavier. Dia buntu nak bagi jawapan dekat Alexander.

"Aku ingatkan kau suka Bella" mati-mati Haiqarl dan yang lain ingat Xavier akan pilih Nur Isabella.

"Bella? Memang tak lah. Dia tak akan suka aku punya" Xavier betul-betul pasti yang Isabella tak akan sukakan dia. Mereka pula saling membenci.

Walaupun Xavier dah dapat pastikan hatinya sukakan Isabella, dia cuba menidakkan.

"Kau pasti?"

"Pastilah. Aku bukan sesiapa untuk Bella tu suka"

"Kau suka Bella tak?"

Soalan dari Haiqarl itu menghentikan langkah Xavier. Bibirnya kelu untuk menjawab.

Hati sudah mengiyakan tapi mulut susah untuk memberi kejujuran. Dia takut.

Takut cintanya itu tidak pasti.

"Kalau suka, jujur Xavier. Kau tengok Aryan, berusaha dia kejar Ayra dan bila dah dapat, dia terus masuk meminang. Berhentikan kerja bodoh dia hanya untuk setia kepada pilihan hati dia." jelas Haiqarl.

Dia nak tolong Xavier dari diselubungi rasa takut dikecewakan.

Xavier pernah nak hampir jatuh cinta tetapi apabila dia dikecewakan, dia terus tak berani.

"Aku.. Aku cuma-"

"Xavier! Darwish datang!" Putra Aryan Xander dari luar, masuk ke dalam mansion secara mengejut. Berita yang disampaikan Aryan itu menarik perhatian Xavier dan Haiqarl.

"Isabella mana?!"

Skip

Selesai juga kerja yang dia perlu selesaikan. Isabella memang minat siram pokok. Dia sengaja ambik tugas tersebut dari pekerja-pekerja di mansion untuk siram pokok-pokok dan bunga yang ada di taman bunga.

Tudung sarung yang dia pakai itu dibetulkan sebelum dia menyimpan alatan yang dia telah gunakan.

"Assalamualaikum" seorang lelaki menyapa Isabella dari belakang. Isabella pusingkan tubuhnya dan matanya saling terpaut dengan lelaki yang menyapanya.

"Wa'alaikumussalam.. Awak siapa ye?"

"Saya Darwish Farhan, anak saudara kepada Alexander. Boleh saya tahu pakcik Alex dekat mana?" sopan sahaja lelaki bernama Darwish Farhan itu bertanya kepada Isabella.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now