Bab 23

2.4K 151 59
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Adriana Kamelia senyum manja ketika Hans Xavier toleh memandang dirinya. Mereka sekarang berada di pejabat Xavier. Adriana saja datang dengan niat yang diberitahu Xavier iaitu ingin membincangkan tentang projek mereka.

Bukan bincang pun. Dah masuk sejam Adriana hanya pandang Xavier je.

Tah kemana bincangnya pun tak tahu.

"Kenapa you senyum macam tu hm?" soal Xavier. Dia sedikit terpaku dengan senyuman cantik Adriana.

Adriana gelak kecil, "saja je. Tak boleh ke?"

"Mestilah boleh, untuk you pernah ke tak boleh? By the way, you pakai minyak wangi apa eh? Wangi sangat sampai I sendiri tergoda"

"Bauan ni I yang buat sendiri. You nak ke?"

"Boleh jugak. I nak suruh isteri I pakai. Mesti lagi tergoda I balik rumah nanti"

Dengar je perkataan 'isteri' keluar dari mulut Xavier, Adriana dah berubah wajahnya tapi nasib sempat ubah.

"Hurm tak bolehlah you. Minyak wangi tu memang khas untuk I seorang je."

"Ouh macam tu ke? Haha baiklah. Jadi I hanya boleh bau minyak wangi ni masa bersama you lah kan?"

"Haah. Kita kena selalu jumpa hehe"

Xavier angguk. Mereka berbual tanpa mengira masa. Pembantu Xavier dari luar, Nik Dylan hanya menahan rasa dalam hatinya. Dia sumpah benci dengan Adriana. Bau minyak wangi yang dipakai pun kuat sangat dan sakit hidung Dylan.

Sudahlah tergedik-gedik dengan Xavier. Masuk pejabat Xavier macam dia tu isteri Xavier je.

Nur Isabella kalau datang pun mesti mesra dengan semua orang. Masuk pejabat Xavier pun ketuk pintu.

Ni Adriana baru beberapa bulan dengan Xavier dah buat syarikat tu macam dia punya je.

"Dylan, Xavier ada ke?" Putra Aryan Xander baru tiba bersama-sama Haiqarl Daniel.

"Eh tuan" Dylan berdiri dan menunduk hormat, "Tuan Xavier ada di dalam bilik bersama-sama tetamu"

"Siapa tetamu tu?"

"Cik Adriana" bila sebut nama Adriana, Dylan rasa jijik. Dia sebut pun dengan suara yang amat tak suka.

"Okay. Kau duduk sambung kerja. Aku dengan Haiqarl nak sergah masuk"

"Baik tuan"

Wajah Aryan dah berubah semasa dengar nama Adriana. Dia dan Haiqarl serbu pejabat Xavier tanpa mengetuk pintu. Kisah apa dia. Rasa marahnya membara dah ni.

"Siapa yang sergah-" terhenti ayat Xavier saat matanya menangkap wajah Aryan dan Haiqarl.

"Kau keluar perempuan" arah Aryan. Sakit mata dia tengok Adriana yang pakai baju macam tak pakai je. Dahlah dress ketat gila, pastu paras peha. Astagfirullah!

"Kau tak perlu nak halau dia macam tu" Xavier tajam pandang Aryan dan dia pandang Adriana semula. "You balik dulu okay?"

"Nanti I rindu you macam mana? I tak cukup spendtime dengan you lagi~"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now