EA: [01]

1.5K 36 0
                                    

"Okay la, meeting kita sampai sini je. Apa-apa hal yang tak kena, inform dekat saya as soon as possible." Athalia mengetuk-ngetuk failnya lalu kaca matanya ditanggalkan.

Kesemua pekerjanya mengangguk lalu mereka bangun dan memohon diri sambil berbual-bual.

Athalia mengeliat sedikit sebelum seseorang membantutkan aktivitinya membuatkan dia terkejut lalu mengurut dada.

"Ya Allah! Sarah, lain kali bagi salam. Nasib baik saya tak ada penyakit lemah jantung. Takut nanti innalillah pula dekat sini." Athalia membebel manakala Sarah hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Sorry la, bos. Sarah nak tanya, dah lewat malam ni, bos nak balik dengan Sarah tak?" Tanya Sarah manakala Athalia mengusap-ngusap dagunya sambil berfikir.

Haih, dah selalu sangat dia tumpang si Sarah ni sejak Honda Civicnya masuk hospital beberapa hari yang lepas.

Athalia bukannya suka sangat terhutang budi dengan orang lain. Takut nanti tak terbayar pula budi yang diterima.

"Tak apa la, Sarah. Saya call grab je la. Dah banyak kali tumpang Sarah, rasa segan pula. Lagipun, jalan kita tak sehala." Ujar Athalia sambil tersenyum nipis.

"Eh, saya tak kisah pun tapi betul ke ni? Bos serious eh? No play-play?" Tanya Sarah membuatkan Athalia ketawa besar.

Haih, ada saja perangai budak intern ni nak buat dia terhibur.

Itu juga salah satu sebab kenapa Athalia lebih rapat dengan Sarah berbanding budak intern lain.

Budak intern lain kalau nampak dia, terus menunduk sebab hormatkan Athalia sebagai bos padahal si Sarah ni, selamba badak je menegur macam mereka kawan lama.

Friendly terlebih tetapi tidak la sampai tahap annoying. Sarah memang jenis kuat main-main tetapi ada kalanya dia serious jugak.

"Betul la ni. Sudah, pergi balik. Nanti pakwe kamu marah saya pula sebab lambat pergi dating." Halau Athalia manakala Sarah hanya membuat gaya 'peace' dan berlalu pergi.

Athalia mengeluh kuat lalu dilihatnya ke luar tingkap. Hujan lebat turun mencurah-curah sejak beberapa harini membuatkan keadaan di luar menjadi semakin sejuk dan gelap.

Athalia akhirnya bangun dan berlalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Dia menegur beberapa pekerja shift malam yang baru masuk sebelum menapak keluar dari bangunan yang gah itu.

"Haih, lambat lagi grab nak sampai ni. Baik aku tunggu dekat bus stop depan tu." Ujar Athalia lalu payungnya dibuka dan dia berjalan menuju ke arah bus stop dan duduk di situ.

Selang beberapa minit, seorang lelaki yang memakai hoodie hitam duduk di bus stop itu tetapi agak jauh daripada tempat duduk Athalia membuatkan Athalia kembali tegak.

Ini yang dia tak suka!

Teringat pula kisah-kisah pasal perogol atau pembunuh bersiri yang berlegar-legar di kawasan ini yang sering digosipkan oleh para pekerjanya.

Lelaki inikah yang dimaksudkan oleh mereka?

Sesekali, Athalia menoleh ke arah lelaki itu. Dilihatnya lelaki itu sibuk membetulkan kepala hoodie seakan-akan cuba menyembunyikan wajahnya membuatkan Athalia semakin meremang.

"Ya Allah, lambat lagi ke grab nak sampai ni?" Athalia berkata sendirian.

Ah, menyesal pula dah tolak pelawaan Sarah tadi. Jarum jam sudah menginjak ke angka sembilan malam membuatkan Athalia semakin resah.

PIN!

Bunyi hon yang agak kuat membuatkan bahu Athalia terjungkit naik ke atas lalu mengeluh lega apabila grab yang dipesannya datang tepat pada waktunya.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now