EA: [15]

377 19 0
                                    

Selepas seminggu terlantar di hospital, Ezra akhirnya dibenarkan pulang namun sebelum itu, Ezra meminta Athalia untuk singgah ke The Cremaffein Bistro sekejap.

Athalia memandang cafe itu dengan hairan lalu dipandangnya ke arah Ezra.

"Mana awak tahu kewujudan cafe ni? Macam jauh sikit je dari rumah?" Tanya Athalia ke arah Ezra yang sedang membuka tali keledarnya.

Sejak duduk di hospital, Ezra menegur supaya Athalia menukar gaya percakapannya kepada saya-awak supaya kedengaran lebih mesra.

Pada awalnya Athalia menolak kerana rasa janggal namun Ezra mengugut tidak mahu makan kalau Athalia masih berkeras hendak menggunakan aku-kau.

Tidak manis dan tidak sopan katanya.

Athalia akhirnya mengalah dan sekarang dia sudah terbiasa selepas selalu ditegur oleh Ezra.

"Itu la yang saya nak beritahu. Jom, masuk ke dalam." Ajak Ezra kepada Athalia yang masih lagi memandang cafe itu atas bawah.

Sudah lah warna luar nampak hitam je, nak acah macam cafe swag dan hipster la tu. Nampak sangat Gen-z nya pemilik cafe tersebut.

Athalia akhirnya keluar dan mengikut belakang Ezra. Pintu cafe dibuka lalu mereka berdua masuk ke dalam dan duduk di suatu tempat.

"Hye, welcome to- Ezra? Eh? Kau pergi mana ha? Dah lama tak datang kerja! Han risau kau tahu tak?" Ujar seorang lelaki yang bertuga mengambil order mereka berdua.

Athalia cuma memandang ke arah mereka berdua selepas puas meneliti sekeliling cafe itu.

Not bad.

Sesuai dengan citarasa orang muda zaman kini.

Eh kejap.

Kerja?

Matanya dijegilkan ke arah Ezra yang sedang menggosok belakang lehernya dengan tangan yang berbalut.

"Kerja?" Tanya Athalia, mematikan perbualan dua chromosomes XY yang berada di hadapannya ini.

Ezra mengambil nafas buat seketika lalu akhirnya mengangguk.

"Ya, Athi. Selama ini, saya kerja di sini. Ini Leo, kawan saya. Leo, ini Athalia, housemate saya." Ujar Ezra membuatkan Leo terkejut buat seketika.

"Athalia? Yang pernah call tanya pasal Ezra tu?" Tanya Leo membuatkan minda Athalia memainkan peranan, cuba untuk mengingati.

Selepas dah ingat, barulah Athalia memandang Leo. "Oh, awak ke Leo?" Tanyanya membuatkan Ezra memandang mereka berdua silih berganti.

"Kenal ke?" Tanya Ezra dengan wajah keliru.

"Tak sangat tapi dia pernah call aku, tanya pasal kau sebab kau tak balik rumah." Terang Leo lalu Ezra memandang ke arah Athalia.

"Macam mana-" "Awak simpan number Leo dalam kocek seluar jeans awak, Ezra." Athalia segera menerangkan membuatkan Ezra mengangguk faham.

Okay, segalanya masuk akal sekarang.

"Kejap, tadi kau cakap housemate eh? Gash, Ezra! Orang rumah kau ke?!" Leo sekali lagi menguatkan suaranya.

"Hoi! Apa yang bising sangat tu, Leo?" Jerit seseorang dari jauh lalu dia datang menghampiri mereka.

"Ezra? Glad to see you are finally here!" Han menayangkan wajah terujanya, gembira sangat apabila melihat Ezra di situ selepas beberapa hari menghilangkan diri.

Ezra hanya tersenyum sebelum menoleh ke arah Athalia. "Ni pulak, Han. Bos cafe ni." Ujar Ezra membuatkan Han segera menoleh ke arah Athalia.

"Hye miss, I'm Han. Nice to meet you." Ujar Han dengan penuh gentleman lalu topinya ditundukkan sedikit sebagai tanda selamat berkenalan.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora