EP: [29]

297 11 0
                                    

"Sayang abang okay? Athi sakit? Nak pergi klinik?" Tanya Ezra bertubi-tubi sebaik sahaja dia pulang ke rumah.

Agak terkejut juga apabila sampai di hadapan pintu rumah, kasut Athalia sudah berada di situ.

Padahal, Ezra sudah sedia maklum bahawa Athalia akan pulang lebih lewat darinya pada hari ini namun lain pula yang terjadi.

Jadi, Ezra beranggapan bahawa Athalia pulang awal kerana wanita itu sakit atau atas sebab perkara-perkara lain.

"Eh, abang? Bila abang balik?" Athalia terpisat-pisat bangun dari baringnya namun dihalang oleh Ezra.

Wajah isterinya itu dielus lembut manakala Ezra duduk melutut di hadapan Athalia dengan pandangan risau.

"Abang balik sejak asar tadi. Tengok-tengok, sayang dah balik dulu. What happened? You look so pale." Ezra memulakan misi soal siasatnya membuatkan Athalia ketawa kecil.

"Tak ada apa-apa lah, abang. Athi balik awal sebab rasa pening sikit." Athalia tersenyum nipis, cuba menutup kegusaran kerana teringat akan hal yang berlaku di pejabatnya.

Ezra memandang tepat ke dalam anak mata isterinya itu. "Serious? Nothing bad happened, right? Athi boleh cerita dekat abang, I'll listen to you." Ujar Ezra lagi namun Athalia pantas menggeleng laju.

Berterusan menyakinkan Ezra bahawa tiada perkara yang perlu dirisaukan oleh lelaki itu.

Biarlah apa yang terjadi, hanya Athalia seorang yang tahu. Suaminya tidak perlu masuk campur.

Mungkin bungkusan tadi hanyalah sekadar gurauan kasar semata-mata oleh sahabat-sahabat lelaki ini.

"Dah nak maghrib, abang mandi dulu ye? Athi nak masak kejap." Ujar Athalia seraya memeluk suaminya itu membuatkan tangan Ezra terus sahaja naik dan mengusap lembut belakang isterinya.

Terasa seperti hidung Athalia mencucuk-cucuk lehernya membuatkan Ezra ketawa kecil dengan tingkah laku isterinya itu.

"Dah kenapa hidu abang sampai macam tu? Bau kopi aje ni." Ujar Ezra dengan tawa yang bersisa.

Athalia tak tahu kenapa, dia rasa tenteram apabila berada dekat dengan suaminya.

Rasa selamat dan dilindungi.

"Athi suka bau abang." Ujarnya tanpa berselindung membuatkan Ezra menggeleng kepalanya.

"Kalau Athi bergayut dekat abang, macam mana abang nak pergi mandi?" Ezra bertanya.

Digagahkan jua berdiri sambil Athalia bergayut pada lehernya seperti koala bergayut pada dahan.

Urat-urat hijau timbul di lehernya kerana menahan Athalia supaya tidak terjatuh ke lantai.

"Athi berat ke?" Tanya Athalia kepada Ezra yang sudah berpeluh-peluh cuba menahan isterinya.

"Tak, sayang. Abang yang tak cukup fit. Kena exercise lagi nampaknya ni." Seloroh Ezra membuatkan mereka berdua ketawa.

Selesai membersihkan diri dan menjamu selera, mereka berdua masuk ke dalam bilik untuk berehat.

Ezra yang sudah terbaring menghadap siling bilik hanya diperhatikan oleh Athalia.

Entah kenapa, hatinya tidak tenteram sehingga dia tak boleh tidur.

Sudah puas golek ke kiri dan ke kanan, dia berbaring terlentang menghadap siling bilik pula.

Tak cukup dengan itu, dia berbaring menghadap Ezra.

Dielusnya lembut juntaian rambut yang jatuh di dahi suaminya itu membuatkan Ezra merengus perlahan.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now