EA: [49]

337 18 2
                                    

"Banyaknya cik puan masak." Ujar salah seorang pembantu di situ membuatkan Athalia menggaru-garukan kepalanya yang berlapik tudung.

Banyak sangat ke? Rasanya dia cuma masak apa yang Ezra nak sahaja.

"Banyak sangat ke?" Ujar Athalia pula dengan rasa takut-takut. Para pembantu itu ketawa kuat melihat reaksi cik puan mereka membuatkan Athalia menjadi bingung.

"Comel la cik puan ni. Saya gurau je, cukuplah ni buat kenyang empat perut." Tambah mereka lagi membuatkan Athalia mengeluh lega.

Ingatkan apalah tadi. Risau juga nanti dia kena marah sebab terlebih guna bahan dalam peti ais.

"Saya ada masak lebih sikit tadi. Nanti kamu semua makan la sekali." Pelawa Athalia manakala para pembantu yang lain hanya memandang sesama sendiri.

Sungguh mereka tidak percaya dengan apa yang didengari oleh mereka sekarang ni.

"Biar betul, cik puan? Tak apa ke kalau kami makan sekali?" Tanya salah seorang pembantu manakala Athalia mengangguk laju.

"Alah, apa salahnya?" Soal Athalia namun mereka semua menggeleng laju.

"Ish, rezeki jangan tolak. Kalau cik puan bagi, kami terima la." Ujar mereka lalu dapur itu dipenuhi dengan bunyi gelak ketawa.

"Haih, seronok nampak?" Soal seseorang membuatkan yang lain menunduk ke bawah. Mak Yam ketawa melihat mereka lalu dia berdehem perlahan.

"Dah siap semuanya, Athalia?" Tanya Mak Yam manakala Athalia mengangguk laju.

Rasa teruja hendak melihat reaksi Ezra dan keluarga lelaki itu apabila mereka menjamu selera dengan hidangannya.

Athalia perasan juga bahawa keluarga itu langsung tidak menjamah masakan Melayu sejak dia tinggal di kediaman Dela Cruz ini beberapa minggu yang lepas.

Boleh kenyang ke dengan hanya makan steak dan pasta semata-mata?

Bagi Athalia yang memang sudah dibiasakan dengan masakan Melayu sejak kecil, perutnya sering sahaja berpesta akibat lapar walaupun selepas makan.

Kadang-kadang, dia pelik bagaimana Elle dan Ezra langsung tidak merungut lapar dan muak sedangkan dia ingin sahaja pulang ke rumah.

Tetapi, tidak salah kan kalau sekali sekala mereka bertukar menu hidangan?

Tak pernah dengar lagi orang mati sebab makan masakan Melayu.

Mati sebab tercekik tu selalu la juga.

Selepas membersihkan diri, Athalia menunggu suaminya di meja makan kerana tadi Ezra terpaksa keluar dan akan balik secepat yang mungkin.

Athalia mengerling ke arah jam di dinding. Waktu makan malam sudah dekat tetapi di mana suaminya?

Rasanya Ezra keluar sejak pukul 6 petang tadi. Mungkin urusannya masih belum selesai?

Athalia tetap sabar menunggu jarum jam untuk menginjak ke angka 8 kerana waktu itulah kesemua ahli keluarga itu akan menjamah makan malam.

"Well, well." Tegur seseorang membuatkan Athalia tersentak lalu terus menoleh.

Kelihatan Datin Sri Amanda memandangnya dengan sinis membuatkan Athalia terus bangun dan menunduk sedikit.

"Ouh, kau ke? Aku ingatkan maid baru tadi." Sinis sahaja Datin Sri Amanda menyindir namun Athalia hanya mengetapkan bibirnya.

Langsung didiamkan mulut agar tidak berkurang ajar dan membalas kembali segala sindiran tersebut.

"Nanti saya hidangkan makanan. Maaf, Datin Sri." Ujar Athalia dengan teragak-agak dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi, suara Datin Sri Amanda keras bergema dalam ruangan dapur itu.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now