EA:[28]

342 14 0
                                    

"Tell me, aunty! Apa semua ni?! Siapa perempuan sebelah Danny?!" Kedengaran suara Daria bertempik hebat di dalam rumah agam milik keluarga Dela Cruz.

Datin Sri Amanda hanya memicit dahinya. Baru sekejap tadi Daria datang ke kediaman itu dengan riak wajahnya yang memerah, jelas menahan marah yang terlampau.

Gadis itu tanpa segan-silu meluru masuk ke dalam rumah agam tersebut lagaknya seperti rumah itu milik dia.

Tanpa rasa bersalah, terus dilemparnya kepingan gambar yang menunjukkan Ezra bersama seorang perempuan berada di tepi pantai.

"Daria, duduk dulu. Kita bincang elok-elok." Datin Sri Amanda cuba memujuk namun Daria merengus kuat akibat geram.

Dinding pipinya ditolak dari dalam menggunakan lidah lalu dia berdecit halus.

Matanya tajam merenung ke arah Datin Sri Amanda yang kelihatan tenang menghirup teh miliknya.

"Nak bincang apa lagi, aunty?!" Daria mengoyakkan kepingan gambar tersebut kepada cebisan-cebisan kecil lalu dilemparkan ke atas meja.

"Daria! Sabar!" Datin Sri Amanda akhirnya meninggikan suaranya, cuba menenangkan Daria yang bertindak seperti wanita meroyan kehilangan suami.

Gadis itu mengangkat wajahnya lalu memandang sinis ke arah Datin Sri Amanda membuatkan wanita tua itu mula kecut perut dan duduk di tempatnya kembali.

Tangan Daria disilangkan ke dada lalu dia berjalan mundar-mandir di hadapan meja itu membuatkan Datin Sri Amanda terpinga-pinga, namun masih berhati-hati dengan segala kelakuan gadis itu.

"Sabar, aunty? You tell me untuk bersabar? Sampai bila, aunty? Danny langsung tak balik rumah!" Daria bertempik lagi membuatkan Datin Sri Amanda mengurut dadanya.

Gadis itu terduduk di atas sofa berhadapan dengan Datin Sri Amanda dan menguak rambutnya kebelakang.

"Aunty minta maaf, Daria. Aunty tak tahu kenapa Danny degil sangat sampai macam ni." Datin Sri Amanda cuba memujuk sedaya upaya membuatkan Daria mengangkat mukanya.

"By hook or by crook, Daria nak Danny balik dan teruskan perkahwinan kami. I dont mind! Jangan sampai, aunty tahulah akibatnya nanti!" Daria bangun dari duduknya dan cuba mendekati Datin Sri Amanda namun ada tangan menghalang.

Mereka berdua pantas menoleh ke arah gerangan tersebut membuatkan Daria mengetap bibirnya dengan erat kerana geram.

"Not so fast, perempuan! Kau jangan berani nak dekat-dekat dengan bonda aku!" Ujar Elle dengan nada yang tegas sambil mencerlung tajam ke arah Daria.

Daris tersenyum sinis sambil berdecit halus.

Dia mengangkat tangannya tanda dia menyerah kalah dan berundur ke belakang.

"Apa? Kau ingat aku tak berani nak buat apa yang aku nak? Dalam sekelip mata sahaja, keluarga ni boleh hancur kalau aku nak." Ujar Daria dengan gaya bersahaja membuatkan satu badan Elle rasa berasap.

Panas hatinya mendengar kata-kata angkuh yang keluar dari bibir perempuan itu.

Rasa nak ditenyeh- tenyeh menggunakan heel 5 inci miliknya.

Sodok sampai ke anak tekak biar bisu selamanya.

Harap muka sahaja cantik, tapi tiada adab dan kelakuan yang buruk sangat!

"Kau ni, perempuan. Memang mencabar kesabaran aku la!" Elle sudah berura-ura untuk memulakan perang tarik rambut dengan Daria namun sempat ditarik oleh Datin Sri Amanda.

"Bonda, lepas! Biar Elle ajar perempuan mulut celupar ni! Perangai macam setan, ada hati nak kahwin dengan abang Danny!" Elle mengamuk dengan kuat manakala Daria hanya tersenyum sumbing.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now