EA: [50]

463 22 0
                                    

"Pesakit dipercayai keracunan makanan. Badannya lemah kerana dia kerap muntah menyebabkan tubuh pesakit dehydrated jadi kami dah masukkan air dalam badan dia. Ubat ni, bagi pesakit makan tiga kali sehari. Akan ada kesan sampingan sikit macam kerap sakit perut atau pening sebab ubat ni nak cuci kesan-kesan dalam perut." Terang seorang doktor peribadi kepada Datin Sri Amanda.

Agak terkejut mereka semua pagi tadi apabila Ezra ditemui sudah terkulai layu di dalam tandas bersama wajah pucatnya.

Datin Sri Amanda terus sahaja menelefon doktor peribadi keluarga Dela Cruz kerana risau dengan keadaan anaknya itu.

Wajah pucat Ezra yang sedang tidur itu dipandang sayu sebelum mata Datin Sri Amanda menitiskan air matanya.

Dia mengusap-ngusap pipi anaknya yang pucat itu dengan rasa sayu.

"Danny sayang, kenapa boleh jadi macam ni? Bangunlah. Bonda risau dengan kamu." Ujar Datin Sri Amanda sambil menggenggam erat lengan anaknya itu.

Dilihatnya dada Ezra berombak perlahan tanda lelaki itu sedang tidur dengan tenang.

Juntaian rambut yang terjatuh pada wajahnya diselak lembut oleh Datin Sri Amanda sebelum dia menangis lagi apabila mengenangkan keadaan anaknya itu.

"Datin Sri, sarapan dah sedia." Ujar Mak Yam membuatkan Datin Sri Amanda mengangguk perlahan.

"Bonda keluar dulu ya? Kamu berehatlah." Datin Sri Amanda memandang sekilas ke arah puteranya buat kali terakhir sebelum dia akhirnya bangun dari tempatnya di sebelah katil Ezra.

Tombol pintu dipulas lalu pintu dibuka menyebabkan Datin Sri Amanda terserempak dengan Athalia yang baru sahaja keluar dari biliknya.

Wajahnya yang sudah dibasahi air mata itu segera berubah menjadi bengis lalu lengan Athalia ditariknya kasar menyebabkan gadis itu mengadu sakit.

"Ni semua salah kau! Apa lagi kau nak buat lepas ni?! Kau memang tak boleh tengok Danny hidup bahagia kan?! Dasar pembawa sial! Tak habis-habis menyusahkan hidup anak aku!" Jerkah Datin Sri Amanda kepada Athalia.

"Da-Datin Sri, sakit." Athalia cuba menarik lengannya namun Datin Sri Amanda mencengkam dengan lebih erat, mematikan pergerakan Athalia.

"Hey, perempuan! Disebabkan kau, Danny terlantar macam tu! Apa masalah kau sebenarnya ha?!" Amuk Datin Sri Amanda lalu dipukul-pukulnya Athalia sehingga gadis itu jatuh terduduk di lantai.

"Da-Datin Sri. Saya minta maaf." Athalia menahan sakit dari pukulan itu dan cuba memohon kemaafan namun langsung tidak dipedulikan oleh Datin Sri Amanda.

Segala kemarahannya dilepaskan begitu sahaja kepada Athalia bagaikan dia dirasuk.

"Kalau dulu Damny tak kahwin dengan kau, dia dah bahagia sekarang! Kau memang perampas! Kau rampas anak aku!" Datin Sri Amanda menjerit kuat, tepat pada wajah Athalia.

Langsung tidak dihiraukan jika sesiapa sahaja akan lalu di situ dan melihat ketidakwarasannya nanti.

Tangannya bebas memukul Athalia tanpa henti walaupun sudah berkali-kali Athalia memohon maaf dan meminta dia untuk berhenti.

"Aku benci kau! Kau tak layak jadi menantu aku! Perempuan tak guna!" Jerkah Datin Sri Amanda dengan kuat sebelum pipi Athalia menerima tamparan maha kuat darinya.


PANG!


Kuat bergema bunyi tamparan tersebut sehingga kepala Athalia terteleng ketepi.

Bibirnya juga sedikit berdarah di hujung membuatkan Athalia terkedu lalu pipinya yang masih perit, diusap sedikit.

Datin Sri Amanda turut sama tergamam dengan perbuatannya sendiri sebelum dia bangun dari situ dengan nafasnya yang tidak stabil gara-gara mengamuk.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now