EA: [21]

333 22 0
                                    

"Wait, so abang lari sebab bonda paksa abang kahwin dengan Daria? Macam tu?" Elle menyoal sambil bercekak pinggang.

Ezra mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata adiknya itu.

Elle menepuk dahinya. Hendak bangga dengan abangnya itu pun rasa serba tak kena.

"Lepas tu, macam mana Ayris boleh terjebak dengan abang?" Tanya Elle lagi membuatkan Ezra tersenyum sumbing.

"Tu la abang nak cerita! Abang tumpang grab Athi, ikut dia balik rumah and now abang tinggal dengan dia sampai sekarang. Eh, abang ada bela kucing nama Athra! Nanti adik datang la tengok." Ujar Ezra dengan penuh teruja.

Mulutnya tidak henti-henti memuji kebaikan Athalia. Athi itu, Athi ini. Semuanya bermula daripada macam mana Athalia membenarkan dia menumpang, sehinggalah sekarang.

"Abang suka dia eh?" Elle menebak sambil tersenyum sungging. Terus terdiam Ezra dibuatnya.

Wajah lelaki itu mula memerah namun Ezra cepat sahaja menoleh ke arah lain.

"You really love her, don't you?" Elle meneka lagi sambil menggoyang-goyangkan lengan Ezra.

Lelaki itu masih diam lalu meraup wajahnya.

"It's hard, Elle. Abang suka sangat dengan Athi. The way she treat me, the way Athi risau bila abang hilang. Athi jaga abang sampai la abang elok waktu abang kena belasah dulu. She did everything and it's enough for me to say that I do love her so damn much." Luah Ezra.

Sedikit sebanyak, hatinya rasa ringan sedikit selepas meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

"Habis? Apa yang susahnya? Confess je la." Cadang Elle membuatkan Ezra mengeluh kuat.

"Bonda. Adik tahukan bonda macam mana? Abang tak nak Athi sakit hati sebab bonda but I do want to make her as my beloved wife till jannah. Beritahu abang, Elle. Am I asking too much?" Ezra memandang tepat ke dalam anak mata adiknya itu.

Elle mendiamkan diri. Sumpah, dia tak pernah tahu sisi Ezra yang sebegini rupanya.

Ezra tidak pernah berbicara soal hati dan perasan dengan Elle kerana masa lelaki itu lebih banyak dihabiskan dengan kerja dan berusaha untuk menjadi anak yang dapat membanggakan ibu bapa.

Tidak pernah sekalipun kedengaran nama seorang wanita meniti di atas bibir munggil merah jambu itu.

Nampaknya, Ezra betul-betul sudah dilamun cinta.

Pertama kali dan mungkin juga terakhir baginya.

Elle memandang sayu ke arah abangnya. Tak tahu bagaimana lagi hendak memujuk lelaki itu.

"Cinta tak semestinya memiliki, abang. Sometimes, cinta juga membuatkan kita terpaksa lepaskan seseorang if it give benefits for both. Kalau dah betul berjodoh, pasti akan bersama juga kalau itu takdirnya." Elle membuka mulut.

Ezra cuba menghadam kata-kata adiknya dan percayalah, matanya sudah berair.

Dikesatnya laju supaya Elle tidak perasan. Allah, mengapa susah sangat baginya jika hati dia sudah ikhlas untuk mencintai seseorang?

"Elle, please do me a favor? Kita berlakon je depan Athi, okay? Abang tak nak Athi tahu pasal kita, she'll be mad for sure." Pinta Ezra membuatkan Elle menayangkan wajah keliru.

"Kenapa pula Ayris nak marah?" Tanya Elle. Bukankah wanita itu patut bangga kerana seorang pewaris Dela Cruz sudah jatuh cinta dengannya?

"Kalau Athi tahu pasal abang, nanti abang kena halau. Please, Elle. Abang taknak balik selagi bonda tak ubah fikirannya." Ezra menyatukan kedua-dua belah tangannya sambil merayu kepada adiknya itu.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now