EA: [32]

309 12 0
                                    

Sudah dua hari Ezra melancarkan perang silent treatment dengan dirinya membuatkan Athalia juga kurang ceria seperti selalu.

Mereka hanya akan bersama sewaktu makan pagi, makan malam dan ketika tidur.

Selain itu, Ezra menjauhkan dirinya daripada Athalia seperti mereka ialah orang luar yang tiada sebarang ikatan.

Seperti sebelum ini.

Apabila Athalia membuka mulut, Ezra hanya mempedulikannya sambil membelai-belai Athra seperti kucing itu yang terpaling penting dalam hidupnya sekarang ni.

Athalia mengeluh lagi.

Boleh tahan juga suaminya merajuk, sampai tak mahu bercakap dengannya tetapi masih mendengar kata-kata Athalia.

Disuruhnya keluar beli barang di supermarket, Ezra buat tanpa banyak bunyi.

Disuruhnya kemas balik tempat yang bersepah, Ezra lakukan juga tanpa mengeluh.

"Eh, Ayris? Kuat sangat mengeluh kamu ni? Masalah negara ke?" Tanya Kak Wardah membuatkan Athalia terkejut buat seketika.

"Masalah negara tu tak juga, kak. Masalah hormon tak stabil mungkin." Balas Athalia, cuba berseloroh dengan Kak Wardah.

Kak Wardah mempamerkan wajah terkedu.

"Kamu mengandung ke, Ayris?" Tanya Kak Wardah membuatkan Athalia memandangnya pelik.

"Eh? Bukan. Orang lain yang hormonnya tak stabil sekarang ni." Balas Athalia membuatkan Kak Wardah ketawa besar.

"Akak pernah baca satu artikel ni. Selalunya kalau isteri mengandung, suami yang terlebih tidak stabil emosinya." Ujar Kak Wardah membuatkan Athalia mengecilkan matanya.

Dia? Mengandung? Macam tidak je.

Badan dia kan, mestilah dia tahu.

"Aduh, akak ni. Baik saya fikir cara nak pujuk baby besar dekat rumah." Bidas Athalia membuatkan Kak Wardah juga termenung jauh sambil berfikir.

Selepas beberapa lama, dia mendapat satu idea yang agak gempak.

Haruslah gempak, dia sudah lama berkahwin.

Anak pun sudah berderet-deret macam gerabak keretapi, sudah pasti Kak Wardah lebih makan garam dari Athalia dalam sesi memujuk suami.

"Akak ada cadangan tapi nak ke Ayris buat?" Tanya Kak Wardah, seakan-akan tidak yakin dengan Athalia membuatkan Athalia juga rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

"Apa idea Kak Wardah?" Tanya Athalia manakala Kak Wardah tersenyum misteri apabila melihat Athalia mula menunjukkan minatnya.

"Idea akak ni bukan setakat dapat pujuk suami, sekali dapat bagi hadiah dekat dia sekali." Ujar Kak Wardah membuatkan wajah Athalia bertukar warna.

"Akak!" Athalia menjerit geram. Terasa dimain-mainkan pula oleh Kak Wardah yang sudah ketawa sampai senak perut itu.

Haih, menyesal tanya orang terlebih berpengalaman ni.

"Bos menari tiang aje lah. Confirm suami bos cair meleleh nanti." Tiba-tiba, kedengaran suara Julia menyampuk mereka berdua.

"Eh, kamu ni. Tu bukan setakat nak bagi leleh, memang tak keluar bilik dah satu hari." Tambah Kak Wardah lagi lalu seisi bilik pejabat Athalia penuh dengan gelak tawa oleh kedua-dua mak orang itu.

Athalia menekup telinganya tanda dia tidak mahu mendengar lagi cadangan merepek selevel Banjaran Titiwangsa itu.

Fuh, tidak sangka telinganya sudah dinodai kesuciannya akibat mendengar nasihat-nasihat yang terlebih berguna daripada Julia dan Kak Wardah.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now