EA: [02]

626 33 0
                                    

"Cik, jangan la marah." Ujar lelaki itu sambil mengelap rambutnya yang basah manakala Athalia hanya membuat pekak.

Sudah! Dia malas nak melayan lelaki itu.

Banyak pula demand dia padahal tak sedar diri tu menumpang dekat rumah orang.

"Lagi sekali kau complain, memang aku halau kau keluar." Athalia memberi amaran namun dia tahu, apa yang masuk dekat telinga kanan lelaki itu, akan keluar di telinga kiri.

Satu habuk pun tak lekat di otaknya.

"Tak, janji tak complain dah." Ujar lelaki itu sambil menunjukkan jari kelingingnya tanda dia berjanji.

Athalia menarik nafas dalam lalu menghidangkan makan malam.

"Makan la. Bukannya ayam tu hidup balik. Dah elok jadi lauk dah pun." Balas Athalia lalu menceduk seketul ayam goreng masuk ke dalam pinggannya yang berisi nasi.

Lelaki itu masih memandang lauk pelbagai jenis lauk yang berada di hadapannya.

"Aku tak racun kau la. Takut sangat buat apa? Padahal, kau yang ikut aku balik rumah." Ujar Athalia membuatkan lelaki itu mengangkat wajahnya.

"Tak rasa macam heavy sangat ke makan nasi waktu malam?" Tanya lelaki itu membuatkan Athalia mengangkat keningnya.

"Habis tu? Kau makan apa selalunya malam-malam?" Tanya Athalia pula.

Lelaki itu kelihatan agak kekok menceduk ayam dan lauk lain masuk ke dalam pinggannya.

"Mushroom soup. Kalau weekend pulak, Caviar soup." Ujar lelaki itu membuatkan Athalia hampir tersembur. Biar betul dia ni?

"Caviar? Kau tau tak makanan tu mahal? Kau memang makan benda tu setiap minggu ke?" Tanya Athalia manakala lelaki itu hanya mengangguk.

"Kadang-kadang makan dengan steak. Sedap tau! Cik patut cuba." Sekali lagi Athalia membulatkan matanya.

Siapa lelaki ni? Kenapa gaya dia cerita macam dia ni anak raja yang tinggal dekat istana?

Tu baru bab makan, belum bab lain lagi.

"Kau ajak macam la aku mampu nak makan steak tu selalu. Kau ni, kuat berangan juga eh?" Tanya Athalia sambil ketawa kecil.

Haih, dia punya berangan tu mengalahkan Mat Jenin.

Dah la tadi nampak macam pelarian. Siap minta tolong bayarkan duit grab pula tu.

Sekarang?

Ada hati pula nak sembang pasal makan steak dengan caviar tiap-tiap hujung minggu?

Jangan haraplah dia boleh senang-senang je nak gula-gulakan Athalia.

"Saya tak berangan la, cik." Lelaki itu mencebik. "Erm, ada sudu dan garfu tak?" Dia kemudiannya bertanya secara tiba-tiba.

"Makan je la pakai tangan. Macam tak biasa je kau ni." Ujar Athalia kemudian dilihatnya wajah lelaki tadi yang memandang sepi makanannya.

Waktu beginilah nak ambil peluang nak lihat muka dia dengan details. Tadi asyik tertutup dengan mask hitam je.

Lelaki yang berada di hadapannya ini not bad la jugak. Kulitnya putih bersih sampai jerawat pun malu nak muncul di atas wajahnya.

Baru Athalia perasan, iris lelaki itu sebenarnya bukanlah warna hitam pekat, namun berwarna coklat.

Mata lelaki itu kelihatan sangat cantik, dihiasi pula dengan bulu matanya yang lebat dan lentik.

Badan lelaki itu? Boleh tahan agak tegap juga sampai t-shirt yang dipakainya kelihatan sedikit sendat.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن