EA: [22]

326 14 0
                                    

"Alah, tapi saya nak join jugak volleyball tu!"

"Duduk diam-diam lah! Awak sedar tak awak tu baru je hampir lemas?"

"Hampir, bukan lemas betul pun."

Athalia menahan dirinya daripada menyepak Ezra yang dari tadi meminta izin untuk menyertai pertandingan beach volleyball itu.

Baru tadi dia asyik terbatuk-batuk kerana hampir lemas dan sekarang tengoklah!

Dasar tak serik! Entah apa pula akan jadi nanti kalau Ezra masuk pertandingan volleyball itu.

"Athi, please!" Ezra memujuk lagi sambil memuncungkan mulutnya.

Direnungnya ke arah pasukan Saiful yang masih kekurangan pemain membuatkan semangatnya berkobar-kobar untuk menang.

Athalia menjelingnya tajam. "Ish, ye lah. Kalau jadi apa-apa, tanggung sendiri." Athalia memberi amaran namun Ezra tersenyum lebar.

"Yes! Sayang Athi!" Jerit Ezra dan berlalu pergi ke arah Saiful untuk menyertai team lelaki itu.

Athalia terpempan mendengar kata-kata tak tahu malu Ezra.

Tahu tak sekarang ni tengah petang dan gelombang udara boleh bergetar lebih laju maka suara Ezra akan menjadi lebih kuat?

Mungkin Athalia perlu menjadi tutor subjek Fizik kepada Ezra agar lelaki itu tahu bahawa frekuensi suaranya itu boleh menimbulkan fitnah semata-mata.

Suka hati mak bapak dia je jerit macam tu! Kalau orang lain dengar, entah-entah boleh salah faham mengenai hubungan mereka berdua.

Pertandingan dimulakan.

Ezra kelihatan sangat seronok melibas bola ke arah lawannya.

Sesekali, dia terjatuh ke atas pasir sewaktu hendak menyambut bola membuatkan teammate miliknya ketawa besar.

Athalia tersenyum sendiri.

Ezra bagaikan happy-pills semua orang. Di mana ada dia, semua orang akan tersenyum dengan sifat cemerkap lelaki itu.

Tangan Athalia laju mengambil telefon lalu dizoomkan ke arah Ezra yang tersengih lebar kerana telah mendapat mata selepas membuat smash ke arah lawannya.

Zoom sikit lagi, bagi clear.

Lepas tu, snap-

"Ha! Curi-curi ambil gambar orang!" Sergah Elle dari belakang membuatkan Athalia terkejut dan hampir terjatuhkan telefonnya ke atas tanah.

"Ya Allah, Elle! Terkejut saya!" Athalia memarahi Elle yang sedang ketawa jahat selepas melihat wajah tegang gadis itu.

"Ayris taknak join? Elle tengok Ayris cuma duduk je." Tanya Elle namun Athalia segera menggeleng.

Dia? Main game seperti itu? Minta simpang la.

Dia lagi rela dicubit ketam daripada bermain aktiviti yang baginya agak kasar macam beach volleyball itu.

"Tengok diorang main pun saya rasa best. Saya ni bukan athletic sangat nak join benda-benda macam ni." Athalia mengaku akan kelemahan dirinya.

Satu game pun dia tak join sejak tadi kerana dia tak tahu main. Mungkin dia akan join game yang lebih mudah macam pukul tembikai dan sebagainya nanti.

"Kalau Ayris nak tahu, Danny tu kapten volleyball dulu. Bila dia smash, jangan haraplah nak dapat sambut bola tu." Elle membuka topik sambil memandang abangnya yang sedang seronok bermain volleyball.

Athalia memandang Elle dengan wajah terkejut. Sungguh, banyak betul dia tak tahu pasal Ezra.

Patutlah lelaki itu bersungguh-sungguh hendak main, acara kegemaran rupanya.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now