EA: [46]

311 14 3
                                    

"Dont you see how Danny's doing in archery? Just like a Robin Hood!" Ujar salah seorang sepupunya lalu bahu Ezra ditepuk perlahan.

Ezra hanya tersenyum segaris. Suasana kediaman Dela Cruz menjadi serba meriah dengan kehadiran kesemua ahli keluarga mereka yang lain.

"Kau memang pro la bab-bab memanah ni! Sebab tu aku tarik diri awal-awal." Ujar Ash dengan ikhlas sebelum dia meneguk jus oren miliknya.

"Maxwell macam mana? Kenapa dengan kuda kau tu?" Tanya seorang lagi sepupu Ezra membuatkan lelaki itu mengangkat bahunya.

"Entah. Tapi Eldric kata, dalam makanan Max ada dadah. Dadah tu yang mungkin buat dia jadi tidak stabil masa tu." Ujar Ezra namun matanya masih melilau mencari seseorang.

"Macam mana boleh ada dadah pulak ni? Pihak penganjur tak check dulu ke?" Tanya Ash dengan nada tidak puas hati.

Sudah pasti kuda itu termakan dadah tersebut sebelum acara terakhir.

Sudahlah membahayakan, nyawa sepupunya itu juga hampir melayang ketika acara tersebut.

"What's wrong with you, Danny? Are you looking for someone?" Soal sepupu Ezra membuatkan lelaki itu menggeleng laju.

"I just looking for-"

"Sayang." Panggil seseorang membuatkan sekumpulan lelaki itu menolehkan wajah mereka ke arah si pemanggil.

Sepupu-sepupu Ezra jelas nampak terkesima dengan cik punya suara namun tidak pada Ezra.

Dia mengetap bibirnya erat sebelum wajah dingin ditayangkan.

"You buat apa dekat sini? Aunty panggil you dekat dalam." Ujar gadis blonde itu lalu dia berjalan dengan lenggang kangkungnya, menuju ke arah kumpulan itu.

"Kau ni tunang Danny kan? Cantik. Bertuah kau, Danny. Dapat gadis hot dan sexy macam ni." Puji seorang sepupu Ezra membuatkan lelaki itu menggulingkan matanya ke atas.

"Kau cari dia ke tadi? Amboi, sepupu kita ni angau. Tapi serious talk, kalau aku pun boleh angau macam ni!" Usik seorang lagi manakala yang lain hanya ketawa.

Ezra menjeling Daria dengan tajam.

Sungguh, sepupu-sepupunya salah sama sekali.

Bukan ini manusia yang dicarinya sejak tadi. Dia mencari seseorang.

Seseorang yang sejak tadi lagi dia tidak nampak batang hidungnya sejak habis pertandingan.

Isterinya, Athalia Ayris.

Selepas habis sahaja pertandingan itu, dia tidak berkesempatan hendak berjumpa dengan gadis itu kerana sibuk melayan ahli keluarga yang datang dari jauh.

Dia berhasrat hendak memperkenalkan isterinya kepada semua orang pada hari ini namun kelibat isterinya itu tidak terlihat di mana-mana.

"You dengar tak ni, Danny?" Panggil Daria lagi, membuatkan Ezra tersedar dari lamunannya dan kembali ke realiti.

"Apa?" Tanya Ezra. Namun, belum sempat Daria membuka mulutnya, Ezra terus sahaja bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Meninggalkan gadis itu terkulat-kulat sendiri di situ.

≪•◦ ❈ ◦•≫

"BONDA panggil Danny?" Tanya Danny selepas mendapatkan bondanya yang berada di ruang tamu.

Datin Sri Amanda yang sedang berbual itu tersentak dengan kehadiran puteranya lalu dia tersenyum lebar.

"Danny! Dah lama kami tak jumpa kamu! Makin handsome sekarang ni." Usik ibu saudara Ezra, Datin Miranda membuatkan yang lain ketawa.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now