EA: [41]

366 18 0
                                    

Sudah hampir seminggu Athalia berada di dalam kediaman mewah Dela Cruz ini dan hampir seminggu juga lah mental, fizikal dan perasaannya teruji.

Lihatlah petang tadi, Daria dengan sengajanya bergesel-gesel dan menyondol-nyondol dengan Ezra manakala lelaki itu hanya membiarkan sahaja.

Tidak menolak mahupun membantah, dibiarkan sahaja minah blonde itu menggedik dengannya seperti kucing betina gatal ketika mereka berdua berbual dengan pereka pelamin.

Ezra seperti tidak kisah langsung dengan Athalia yang hanya memandangnya dari jauh.

Jadi, untuk sepanjang hari ini, Athalia memalau suaminya itu sepenuhnya.

Lelaki itu bakal menjadi milik orang lain tak lama lagi, jadi dia harus belajar untuk hidup sendiri bermula dari sekarang.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam namun Athalia masih tidak mengantuk.

Puas dipaksa matanya untuk terpejam namun mata pun sama degil dengan tuan punya badan.

Mindanya berulang kali memainkan peristiwa petang tadi membuatkan hatinya menjadi sakit lalu Athalia segera bangun.

Tingkap bilik dibuka untuk membenarkan angin malam masuk menerpa ke wajahnya pada ketika itu.

Bulan kelihatan agak terang pada malam ini membuatkan Athalia tersenyum lebar ketika melihatnya.

"Cantiknya." Puji Athalia. Dia memang suka tengok bulan dan bintang yang bersinar pada waktu malam jika dia tidak boleh tidur.

Baginya, perkara tersebut dapat menenangkan dirinya dan membuatkan dia lupa dengan sagala masalah yang dihadapi.

Athalia mengurut tekaknya yang tiba-tiba rasa dahaga. Ingin turun ke bawah tetapi dia pasti seisi rumah sudah gelap.

Pukul 12 kan, siapa lagi yang masih berjaga selain dirinya? Haih, dia dahaga sangat sekarang ni tetapi perasaan takut lebih menguasai dirinya.

Tingkap bilik ditutup lalu Athalia duduk di birai katilnya sendiri sambil berfikir sama ada mahu turun juga ataupun biarkan sahaja rasa dahaga itu mendoninasi tekaknya.

Sedang elok dia hendak membuat keputusan, kedengaran bunyi tombol dipulas sebelum pintu biliknya dibuka membuatkan dia melompat lalu terus menyembunyikan badannya ke dalam selimut.

Alamak!

Apa benda pulak tu?!

Bukankah semua orang sudah tidur sekarang ni?

Pencuri kah? Tak mungkinlah.

Sistem kawalan kediaman ini sangat ketat dari halaman depan sampai ke belakang.

Mustahil ada pencuri yang berjaya menerobos masuk ke dalam.

Kedengaran bunyi derapan tapak kaki semakin mendekat membuatkan Athalia semakin gementar.

Teringat pula cerita Elle mengenai rumah ini.

Rumah Dela Cruz ini dibina sejak berzaman lamanya iaitu ketika generasi pertama Dela Cruz membuat keputusan untuk berhijrah dari Scotland ke Malaysia untuk pertama kali.

Dari satu generasi ke generasi yang lain, rumah ini masih teguh berdiri tanpa ada sebarang perubahan melainkan halaman luar ditambah dengan kolam air pancut dan Datin Sri Amanda menambah gazebo serta taman bunga di belakang rumah.

Sudah 100 tahun rasanya usia rumah ini kerana Elle mengatakan bahawa keluarga Dela Cruz yang sekarang ialah keluarga generasi yang keenam.

Athalia berfikir sendiri.

Rumah lama, sudah tentu lah ada penghuni lain selain ahli keluarga itu sahaja.

Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat pelindung diri yang pernah diajar oleh Cik Piah dahulu sebelum dia merasakan katilnya menjadi berat sebelah.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now