EA: [20]

384 16 0
                                    

"Sekarang ni, awak nak culik saya ke mana ni?" Ujar Ezra sambil memandang ke arah Athalia yang memandu kereta sambil sesekali menyanyi kecil.

Ezra mengeluh kuat lalu rambut hitam pekatnya disebak kebelakang.

Stress betul bila tanya tapi tidak dijawab.

Sewaktu dinner beberapa hari yang lepas, Athalia tiba-tiba sahaja menyuruh dia kemas baju supaya cukup untuk tiga hari.

Ezra sudah tanya tujuannya namun Athalia hanya mendiamkan diri sambil tersenyum penuh makna.

Selepas itu, disuruhnya Ezra kemas barang peribadi lelaki itu agar cukup untuk tiga hari nanti.

Dan hari ini, Athalia menggerakkan pula Ezra betul-betul pada waktu pagi sedangkan lelaki itu sedang tidur dan menyuruhnya untuk bersiap.

Selepas meletakkan Athra di bawah jagaan Danny, barulah mereka berdua memulakan perjalanan ke tempat yang sampai sekarang Ezra sendiri tak tahu.

"Athi, jawab lah. Kita nak kemana untuk tiga hari ni? Sampai Athra pun kita tinggal dengan Danny. Kenapa?" Tanya Ezra, tak puas hati apabila anak berbulunya itu tak dapat ikut sekali.

Athra tak berbunyi pun, Ezra yang bising lebih.

"Nak jual awak dekat Siam." Balas Athalia dengan selamba membuatkan Ezra mengangkat keningnya.

"No! You would never-" kata-kata Ezra terus sahaja dipotong oleh Athalia untuk mendiamkan lelaki itu.

"Yes, I will so duduk diam-diam. Bising je kerjanya." Athalia menjeling tajam ke arah Ezra melalui ekor matanya manakala lelaki itu hanya memasamkan muka.

Sebab malas nak bergaduh mulut di pagi hari, Ezra membuat keputusan untuk tidur sementara mereka dalam perjalanan.

Haih, dah lama dia tak merasa jadi princess passenger.

Seronok juga rasanya.

Orang lain susah-susah bawa kereta, dia dapat lelap sebentar walaupun tidak selesa.

"Eh? Siapa bagi awak tidur? Bangun sekarang!" Athalia menegurnya namun Ezra hanya buat tidak endah.

"Taknak! Nanti kita gaduh. So, saya nak tidur. Drive elok-elok." Arah Ezra sepertinya dialah mem besar dan Athalia tu cuma kuli bataknya sahaja.

"Wow! Banyak cantik perangai. Ingat dia mem besar ke apa?" Perli Athalia yang sesekali menoleh ke arah Ezra yang sudah bergulung macam tenggiling.

Eh? Apa jenis gaya tidur ni? Nak kata sejuk, air-cond buka sampai tahap 2 je.

"Saya tak cantik tapi handsome. Tolong guna adjektif awak tu dengan betul." Balas Ezra namun matanya sudah terpejam.

Dalam tengah tidur pun, mulutnya ada sahaja nak melawan Athalia.

"Orang yang kata awak handsome tu mesti buta. Entah celah mana yang handsome, saya pun tak tahu." Athalia mengutuk lagi.

Dia yakin bahawa Ezra sudah tidur sekarang ni jadi tidak mungkin lelaki itu akan dengar segala kutukan Athalia.

Iyakan? Tolong kata Athalia betul.

Dia teramat plus terlampau confident sekarang ni mengutuk lelaki itu sesuka hatinya.

"Then, you are the blind one." Balas Ezra dengan nada mendatar membuatkan satu badan Athalia berangin.

Okay, ini sudah lebih. Memang la Athalia pernah puji dia handsome tapi buta?

Hey!

Ezra ni amnesia ke yang mata mereka pernah bertembung untuk beberapa kali? Celah mananya dia buta?

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now