EA: [30]

346 10 0
                                    

"Athra! Meow!" Athalia memanggil Athra namun kelibat kucing itu tiada di mana-mana.

Ini mesti tersesat masuk ke dalam bilik tidur mereka berdua lagi ni.

Baru sahaja Athalia melangkah di hadapan pintu bilik, dia terdengar sesuatu lalu bersandar di situ.

Pintu bilik yang separa terbuka membuatkan Athalia mendengar perbualan itu dengan jelas.

Sengaja diintai sedikit lalu dia mendapati Ezra sedang bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon.

"Elle, I need you to do me a favor." Ujar Ezra dengan wajah seriousnya lalu kolar baju dibetul-betulkan sedikit di hadapan cermin.

"Set a meeting for me with her. Abang nak settlekan hal ni segera. Dia dah melampau!" Kedengaran suara Ezra dengan penuh autoriti memberi arahan.

"Jangan beritahu Athi apa-apa pasal ni." Tambah Ezra lagi membuatkan semangat untuk tahu itu lagi membuak-buak.

Kenapa Athalia tak boleh tahu? Apa kaitan dirinya dengan masalah mereka?

Apa yang Athalia dengar lagi selepas itu, membuatkan dia menekup mulut agar tiada sebarang bunyi yang dihasilkan dari mulutnya.

"Fine, adik boleh ambil duit abang dalam bank. Jangan ambil semua pula." Kedengaran suara Ezra ketawa pula selepas itu namun Athalia tidak kisah.

Apa yang Athalia kisah sekarang ni, tadi kan Ezra tengah telefon Elle? Adik? Biar betul? Kenapa Ezra panggil Elle sebagai adik?

Athalia cuba menghadam apa yang didengarnya sebelum pintu bilik dibuka luas dari dalam membuatkan dia tersentak.

"Athi?" Tanya Ezra sambil memandang ke arah isterinya. Athalia tersenyum palsu buat seketika.

"Athi nak cari Athra-" dia baru sahaja nak berlaku jujur namun kedengaran bunyi kucing itu di kakinya.

"Meow!" Panggil Athra lalu Athalia segera membongkok dan mengambil kucing itu.

"Ish, baby hilang kemana? Mommy nak bagi makan lah." Bebel Athalia lalu terus dibawanya Athra ke arah dapur.

Selesai memberi kucingnya makan, Athalia membasuh tangan dan pusing kebelakang.

Hampir sahaja dia melatah kuat apabila melihat Ezra yang sedang berdiri betul-betul dekat dengannya.

Dengan pantas, Ezra mengunci pergerakan isterinya membuatkan Athalia terperangkap dengan tubuh lelaki itu manakala belakangnya sudah bersentuh dengan singki.

"Did you perhap-" Ezra berjeda buat seketika. Iris coklat pekat itu galak merenung tepat ke dalam anak mata isterinya membuatkan Athalia mahu menoleh ke arah lain namun dihalang oleh Ezra.

Dagu isterinya dipegang lembut agar mata mereka kembali bertaut.

Dapat dilihat riak wajah isterinya yang seakan-akan gelisah dengan perbuatannya membuatkan Ezra tersenyum jahat buat seketika namun senyumannya mati selepas itu.

"Heard everything just now?" Tanya Ezra. Keningnya diangkat sebelah manakala Athalia menayangkan wajah keliru, cuba menutup gusar di hati.

"Dengar apa? Apa yang Athi patut dengar?" Tanya Athalia kembali, sengaja menduga reaksi suaminya itu namun Ezra hanya mendiamkan diri sebelum keluhan lega terlepas dari bibirnya.

"Baguslah." Kedengaran Ezra membebel kecil membuatkan Athalia pula menahan suaminya daripada pergi.

"Apa yang bagus?" Tanya Athalia pula.

Ezra meletakkan jari telunjuknya ke arah bibir Athalia lalu menggeleng perlahan. "Curiosity killed the cat, you know?" Kata Ezra lalu dia tersenyum senget.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now