EA: [25]

357 17 0
                                    

Pintu dibuka dan tersembul wajah Ezra yang tercungap-cungap seperti tidak cukup nafas membuatkan Athalia gelabah.

Segera ditariknya lelaki itu masuk ke dalam rumah dan terus sahaja pintu itu dikunci.

Direnungnya Ezra yang sedang mengambil nafas di atas sofa sambil tangannya disilangkan ke dada dengan pandangan seperti risaukan lelaki itu.

"Kena kejar lagi ke?" Tanya Athalia namun Ezra mengangkat tangannya, menyuruh Athalia jangan tanya apa-apa buat masa sekarang.

Selepas keadaan menjadi normal, Ezra mengambil nafasnya dengan dalam sebelum dia memandang ke arah Athalia dengan wajah serious.

Athalia yang sedar renungan itu memandang hairan ke arah Ezra yang cuma mendiamkan diri dan sesekali berkeluh-kesah dan menggumam seorang diri.

Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu, Athalia sendiri tidak pasti.

"Athi, saya dah fikir masak-masak." Ezra akhirnya bersuara lalu bangun dan duduk bersila di hadapan Athalia, menambahkan lagi kegusaran di hati gadis itu.

Apa pula ni?

Dah kenapa gaya Ezra macam nak membincangkan sesuatu yang serious sangat ni?

"Saya.." nafasnya ditarik sedalam yang mungkin. "nak kahwin dengan Athi. Would you marry me, mo ghràdh?" Ujar Ezra dengan penuh yakin dan memandang tepat ke wajah gadis itu.

Seperti yang dia agak, wajah Athalia jelas menunjukkan bahawa gadis itu sangat terkejut.

Siapa je tak terkejut kalau dilamar secara tiba-tiba oleh orang asing? Orang gila je yang melompat happy tepuk tangan.

"Ezra, this is so sudden. Awak tengah bergurau ke ni?" Athalia ketawa kecil yang dibuat-buat dan mengharapkan bahawa kata-kata Ezra pada malam ini hanyalah gurauan semata-mata.

Wahh, dah pandai dia melawak. Makin advance humor Ezra ni.

"I hope so but unfortunately no! Saya serious ni, Athi. Saya nak kahwin dengan awak! Me and you, together forever!" Bersungguh-sungguh Ezra menyatakan hasratnya membuatkan Athalia semakin berdebar-debar.

Nampak sangat Ezra tidak bergurau kerana pandangan itu jelas memandang tepat ke arah anak mata milik Athalia.

"Kenapa tiba-tiba sangat ni? Apa yang awak fikirkan?" Athalia cuba menyelongkar isi hati Ezra namun tidak jumpa juga jawapannya.

Lelaki ini, sangat unexpected!

Sukar untuk diramal tindak-tanduknya membuatkan Athalia semakin gusar.

"It just, Im afraid of losing you, Athi. Percayalah, saya ikhlas cintakan awak. Hari-hari saya tunjuk but I guess my efforts aren't that enough for you to notice it. I have a feeling that if I can't make you mine now, I'm gonna regret it later. I need you, Athi. You are my everything. Lagipun, saya tak suka orang asyik fitnah awak sebab kita tinggal bersama tanpa ada sebarang ikatan. I dont like it when people talk bad about you!" Ezra meluahkan segala-galanya sambil mengesat wajahnya yang sudah basah dek air mata sendiri.

Athalia tergamam. Ingin memujuk lelaki itu, tetapi dia tidak tahu bagaimana.

Buntu hendak menenangkan Ezra yang menangis seperti orang hilang anak.

"Ezra, shushh okay? Nanti jiran marah sebab bising." Ujar Athalia lalu mendekati lelaki itu.

Perlukah dia mengusap-usap belakang lelaki itu?

"Saya tak tahu, Athi. I just really love you. Tamak ke kalau saya cakap saya nak kahwin dengan Athi malam ni jugak?" Ezra memandang ke arah gadis itu membuatkan Athalia menggarukan kepalanya yang hanya berlapikkan kepala hoodie.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now