EA: [44]

346 16 0
                                    

"You pergi mana, Danny?! I call you langsung tak berjawab! You lupa ke harini kita dah janji nak keluar?!" Bentak Daria sebaik sahaja pasangan itu tiba di kediaman Dela Cruz.

Ezra yang sedang memimpin tangan isterinya itu hanya memandang malas ke arah Daria yang sedang duduk di sofa sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Jelas terpampang rasa tidak puas hati pada wajah gadis blonde itu namun riaknya bertukar sebaik sahaja melihat tautan tangan Ezra dan Athalia.

Mata Daria membulat sehingga dia bangun dari tempatnya dan berjalan menuju ke arah pasangan itu dengan wajahnya merah padam kerana marah.

"Kenapa you ada dengan perempuan ni?! You kan benci dia?!" Bentak Daria lalu tangannya diangkat untuk merungkaikan tautan tangan itu.

Ezra segera menghalang dan menepis kuat tangan Daria membuatkan gadis blonde itu tergamam.

"Bila I cakap I benci isteri I? You ni pekak atau apa?" Ezra mencerlung tajam ke arah gadis blonde itu membuatkan Daria berundur setapak ke belakang.

"I pasang mode DnD dekat phone I sebab nak luangkan masa dengan isteri I. Kalau you nak keluar sangat, pergilah. I tak halang pun." Balas Ezra dengan beraninya membuat Daria mengetap bibir.

"I datang sini penat-penat nak jumpa you tapi you layan I macam ni?! Apa masalah you ni, Danny?!" Bentak Daria lagi.

"Masalah I ialah you! Siapa suruh you datang? Tak ada orang suruh pun." Ezra masih lagi beriak tenang manakala genggamannya pada tangan Athalia dikuatkan lagi.

Athalia tahu suaminya itu sedang menahan marah di sebalik riak tenang yang cuba ditunjukkan oleh lelaki itu lalu dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.

"I don't care! I nak you keluar juga dengan I! Now! You drive kereta I!" Arah Daria lalu tangan Ezra cuba dicapainya namun tidak berjaya.

"Eh, you tak faham bahasa ke? Sekarang dah lewat petang dan I penat! You datang sini macam mana? You drive kereta tu kan? So, pandai-pandai la you drive sendiri balik rumah!" Ezra mula meninggikan suaranya lalu membawa Athalia pergi dari situ.

Tak sanggup dia nak berlama-lama lagi, menghadap muka gadis blonde itu hanya membuatkan kesabarannya menipis.

Kalau tak diikutkan dirinya ini sudah diajar untuk menghormati kaum hawa sejak kecil, mungkin dia sudah hilang kawalan dan gadis blonde itu bakal menerima sedas dua penangan darinya.

"You tunggu, Danny! I akan buat you menyesal nanti!" Pekik Daria dari bawah manakala Ezra hanya mempedulikan hal itu lantas pintu biliknya dibuka.

Dia membawa Athalia duduk di atas katil sebelum Ezra merebahkan badannya ke atas tilam sambil wajahnya diraup kasar.

Athalia yang menyaksikan perbuatan suaminya itu tidak tahu mahu berbuat apa-apa.

Mood Ezra sedang tidak baik sekarang ni jadi dia tidak mahu andai tersilap langkah, boleh buat mereka berdua melancarkan perang lagi.

"Athi." Panggil Ezra dengan perlahan membuatkan Athalia segera menoleh ke arah suaminya itu.

"Ya, abang?" Soal Athalia dengan nada takut-takut. Hatinya memang sedang gusar dan gementar sekarang ni selepas mendengar intonasi suaminya itu.

"Can you hug me now? Please. I need it so bad." Pinta Ezra tanpa memandang ke arah Athalia.

Matanya masih terpejam rapat manakala dadanya berombak ganas, mengambil nafas seperti oxygen bakal habis nanti.

Athalia perlahan-lahan merebahkan badannya di sebelah Ezra lalu tangannya naik melingkar di sepanjang pinggang suaminya itu.

Kepalanya pula diletakkan di atas lengan Ezra yang sudah didepakan lalu kepalanya dirapatkan ke bahagian tepi dada Ezra.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now