EA: [47]

362 17 0
                                    

Sudah dua hari berlalu dan kediaman Dela Cruz kembali sunyi seperti biasa apabila kesemua ahli keluarga itu meminta diri untuk pulang.

Ezra akhirnya mengeluh lega dengan keadaan itu. Akhirnya, tiada sesiapa lagi yang akan bertanya mengenai dirinya.

Dia tidak lagi perlu berbohong bahawa dia bahagia dengan tunangnya itu demi menjaga air muka bondanya di hadapan khayalak ramai.

Dan, dua hari ini jugalah dia tidak nampak isterinya di mana-mana.

Pintu bilik tetamu yang pernah didiami isterinya sudah dijengah namun berkunci pula.

Hairan sungguh kerana sebelum ini kesemua bilik tetamu tidak pernah dikunci supaya senang bagi pembantu rumah untuk selalu naik dan kemas bilik-bilik itu.

Ezra tersentak buat seketika apabila dia perasan sesuatu perkara.

Kenapa dia tak sedar sebelum ni?

Bilik tetamu yang lain langsung tidak berkunci melainkan yang satu itu.

Ya! Bilik tetamu yang bertentangan dengan biliknya sendiri!

Bilik itu sahaja yang berkunci rapi membuatkan Ezra mengetap bibirnya.

Dia tidak boleh bersabar lagi lalu dia meluru masuk ke bahagian dapur membuatkan kesemua pembantu terkejut dengan kehadirannya.

"Tuan muda-"

"Keluar. Saya nak cakap dengan Mak Yam sekejap." Arahnya manakala pembantu yang lain akur dengan arahnya kerana wajah Ezra terlihat sangat dingin dan menakutkan.

Dia berjalan menuju ke arah wanita tua itu membuatkan Mak Yam gusar. Dilihatnya raut wajah itu membuatkan dia tahu, dia tidak boleh lari lagi.

"Mak Yam ada sembunyikan sesuatu dari Danny?" Soalnya dengan nada yang serious.

Mak Yam perlahan-lahan menggeleng membuatkan Ezra menguakkan rambutnya kebelakang.

"Jujur, Mak Yam. Danny cuma nak jawapan." Pintanya lagi manakala Mak Yam hanya memandang sayu ke arahnya.

"Mak-Mak Yam dah jujur, nak. Mak Yam tak sembunyikan apa-apa." Tergagap-gagap Mak Yam menjawab soalan lelaki itu membuatkan Ezra hampir menjerit kerana terlalu marah.

Secara tiba-tiba, Ezra jatuh ke lantai dan melutut di hadapan Mak Yam membuatkan wanita tua itu tercengang dengan perbuatan Ezra.

Sebolehnya disuruh lelaki itu bangun namun Ezra mengeraskan badannya, masih dalam posisi yang sama dan berkeras tidak mahu bangun selagi Mak Yam tidak jujur dengannya.

"Danny, bangun nak! Ya Allah, jangan buat macam ni." Luluh hati Mak Yam sambil memujuknya.

"Danny merayu, Mak Yam! Mak Yam mesti tahu di mana Athalia! Kenapa Mak Yam tipu Danny?!" Bentaknya dengan suara yang sudah serak basah.

Lagi bertambah serba-salah Mak Yam jadinya apabila dia sedar bahawa Ezra sudah menangis kerana dirinya.

"Danny cuma nak jumpa Athalia! Dua hari, Mak Yam! Dua hari Danny tak jumpa isteri Danny! Danny cari dia macam nak gila tapi Mak Yam tak beritahu Danny hal sebenar? Kenapa?!" Ezra mengangkat wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata.

Mak Yam akhirnya rebah lalu memeluk lelaki itu dengan erat sambil menangis.

Rasa bersalah dalam hatinya menggunung tinggi melihat wajah Ezra.

Sampai begini sekali sayangnya dia kepada gadis yang bernama Athalia itu. Mak Yam mengetap bibirnya sendiri.

Tidak nampakkah Datin Sri Amanda bahawa puteranya ini terlalu menyayangi gadis yang sudah dilayan dengan teruk-seteruknya itu?

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now