EA: [23]

275 16 0
                                    

Hari kedua berlalu dengan jayanya. Pada malam itu, mereka mengadakan barbeque sebelum bertolak pulang pada keesokkannya.

Sambil-sambil makan, mereka mengambil tempat dalam bulatan untuk bermain truth or dare.

Elle dengan semangatnya bangun dan menyuruh Jay membaca peraturan permainan tersebut.

"Seorang hanya akan mendapat 1 truth dan 2 dare sahaja jika gilirannya berulang. Dare yang diberikan akan dipilih secara random dalam balang ini dan peserta perlu melakukan dare tersebut. Jika gagal, penalti akan diberikan." Ujar Jay dengan nada mendatarnya.

Botol dipusingkan lalu muncungnya menghala ke arah Said. Lelaki itu terkocoh-kocoh menelan daging barbeque miliknya sebelum berfikir buat seketika.

"Dare! Ini anak jantan lah!" Ujarnya dengan penuh berlagak diikuti dengan sorakan daripada yang lain.

Jay mengacau-ngacau kandungan balang itu sebelum sekeping kertas diambil dan dibuka.

"Buat video jedag jedug dan kemudian post di story Instagram. Make sure kena 60 dan keatas orang view story itu." Okay, dare yang sungguh merapu dan tak masuk akal.

Said mati kutu. Tadi berlagak sangat.

"Woi, malu la! Dare lain boleh tak?" Tanya Said manakala separuh daripada penyokongnya tadi sudah mula membuat bunyi boo dan menunjukkan tanda thumbs down.

Jay menggeleng. "Dare or penalti?" Tanya lelaki itu. Said meneguk air liurnya. "Penaltinya apa?" Tanya Said dengan takut-takut.

Kelihatan dua orang lelaki yang berpakaian hitam seperti Jay datang lalu mendekati Said.

Seorang daripada mereka memegang bahu lelaki itu manakala seorang lagi menempek sepinggan whipping cream ke wajah Said.

Habis putih melekit wajah lelaki itu namun mengundang gelak ketawa daripada yang lain.

Athalia dan Ezra memandang ke arah Elle yang turut ketawa berdekah-berdekah sambil menekan perut.

Dia membalas pandangan kedua-dua manusia itu dengan wajah "Tak tahu. Bukan Elle yang cadang."

Said mengelap whipping cream itu lalu ketawa sekali. Habis comot wajahnya.

"Jimat duit beli skincare. Putih mengalahkan pakai produk kosmetik." Ujarnya membuatkan yang lain ketawa lebih kuat.

Seronok bila main dengan orang sporting seperti Said ni.

Langsung tak melenting apabila dirinya menjadi experiment pertama yang menjalankan penalti.

Botol dipusingkan lagi lalu muncungnya kali ini menghala ke arah Wani. Wani mula bekerut.

"Truth." Pilihnya membuatkan keadaan menjadi diam seketika sementara menunggu soalan yang akan dibaca oleh Jay.

"Tell us about your biggest mistakes you've ever done." Ujar Jay membuatkan Wani menekup wajahnya.

Alamak! Malunya nak cerita.

Mereka semua mula bersorak "Go Wani!" membuatkan gadis itu semakin gelabah untuk membuka mulut.

"Okay, korang jangan gelak tau. Dulu, Wani pernah suka someone ni. Dia baik, cool dan macho! Serious, gentleman habis! Waktu Wani nak confess, rupa-rupanya dia tu tomboy! Serious Wani tak tahu sebab asyik ingat dia lelaki sepanjang kami berkenalan." Ujar Wani membuatkan yang lain terlopong.

Wah! Ini sungguh unexpected. Nak gelak pun rasa serba tak kena.

"Please continue." Wani membuat isyarat tangan sambil mengelakkan dirinya daripada menjadi center of attention.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Kde žijí příběhy. Začni objevovat