EA: [58]

987 25 4
                                    

"Athi dah agak, abang pasti ada dekat sini." Ujar Athalia sebelum mencuit bahu Ezra yang sedang duduk sambil mencelup kakinya ke dalam air tasik.

Apabila dia lihat tiada kelibat Ezra di dalam bilik tidur mereka tadi, Athalia bagaikan sudah tahu di mana keberadaan suaminya itu jika lelaki itu sedang serabut.

Rumah kayu kecil milik arwah Nanny.

Tempat itu sahaja yang mampu menenangkan fikiran lelaki itu jika dia sedang dibelengu dengan masalah-masalah yang sepertinya tidak akan habis.

Ezra sedikit pun tidak melatah malah dia mengajak gadis itu agar duduk di sebelahnya.

Athalia mengikut seperti yang diarahkan sebelum Ezra akhirnya menjatuhkan kepalanya ke atas pangkuan Athalia sambil termenung jauh.

Athalia tidak bercakap banyak malah jarinya naik dan mengelus-elus rambut suaminya dengan lembut membuatkan Ezra sesekali terpejam.

Deruan angin lembut yang mendamaikan serta bunyi-bunyi serangga membuatkan dirinya berasa sangat tenang ketika ini.

"Terima kasih." Ujar Ezra dengan perlahan namun cukup untuk membuatkan Athalia tersenyum kecil melihat suaminya.

"Seronok betul dekat sini. Kalau kita tinggal sini, boleh la kita dating selalu." Seloroh Athalia dan kemudian dia ketawa kecil sambil menikmati pemandangan yang ada di depannya.

"Athi nak duduk sini? Dengan abang? Selamanya?" Soal Ezra tanpa membuka matanya namun Athalia hanya tersenyum segaris.

"Athi tak kisah duduk dekat mana-mana pun asalkan sentiasa bersama dengan abang dan anak-anak kita." Ujar Athalia dengan ikhlas membuatkan Ezra membuka matanya buat seketika.

Kakinya digerak-gerakkan di dalam tasik sebelum dia mengeluh kuat.

"Susah, Athi. Bukannya abang tak nak tapi-"

"Athi faham, abang. Tapi, suami Athi bukan jenis pengecut macam ni. Suami Athi yang Athi kenal jenis yang suka cuba semua benda baharu. Tak salah kalau abang nak give it a try sebab kalau gagal, bukan bermakna abang gagal selamanya. Abang cuma kurang berkemampuan tapi abang boleh perbaiki lagi. Tak semua orang boleh berjaya dengan sekali cuba, bang. Ada yang jatuh berkali-kali sampai nampak mustahil untuk dia terus mencuba." Panjang lebar Athalia menasihati suaminya itu.

Ezra hanya mendiamkan dirinya sambil cuba menghadam kata-kata yang keluar dari mulut isterinya.

"I know it's hard for you now tapi In Sya Allah, abang kuat sebenarnya. See? Abang masih boleh tersenyum walaupun dah tahu kebenaran, walaupun selepas apa yang dah jadi selama ni. You are stronger than you think, abang." Sambung Athalia membuatkan Ezra sedikit tersenyum mendengarnya.

"Abang jadi kuat macam ni sebab Athi dan anak-anak kita." Bidas Ezra sebelum wajahnya dikalihkan bagi menghadap perut Athalia yang buncit itu.

"Athi tak menyesal kalau abang pilih untuk kembali ke sini? Athi nak lepaskan kehidupan Athi? Athi sanggup tinggalkan semua itu?" Soal Ezra lagi, cuba memastikan perasaan sebenar isterinya.

Athalia berfikir buat seketika sebelum dia memandang ke arah suaminya.

"Abang pula? Abang sanggup tinggalkan The Cremaffein Bistro? Kawan-kawan abang semua tu?" Soal Athalia manakala Ezra menggeleng perlahan.

"To be honest, they are my second group of friends after Irsyad and Qaiser. Sebab itu, susah untuk abang tinggalkan semuanya." Luah Ezra buat seketika sebelum tangannya naik dan mengusap-usap perut isterinya itu.

"Dulu, abang sanggup tinggalkan semuanya demi Athi dan sekarang Athi akan buat benda yang sama untuk abang. Now, semuanya atas keputusan abang sendiri. Apa pun yang abang pilih, Athi akan sentiasa bersama dengan abang." Athalia akhirnya memberi kata putus.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now