EA: [17]

343 18 0
                                    

"Athi, jom la! Kita hangout!" Bersungguh-sungguh Ezra mengajak Athalia yang dari tadi asyik berbaring sahaja di atas sofa sambil membaca novel.

"Taknak la, Ezra. Malas." Acap kali juga Athalia memberitahu namun dah namanya Ezra, langsung tak faham bahasa melayu.

"Malas tak malas, awak kena juga keluar dengan saya. Lusa awak dah nak pergi Paris. Mana la tahu harini last kita bersama?" Ezra mencuba taktik psychological war pula.

"Asal? Awak nak tinggal terus dengan member awak ke?" Tanya Athalia dengan pandangan yang sukar untuk Ezra tafsirkan.

Terdiam pula Ezra apabila disoal sebegitu.

Keadaan menjadi hening buat seketika sebelum Athalia akhirnya bangun dan masuk ke dalam bilik.

Ezra duduk di atas sofa sambil mengeluh. Direnungnya Athra yang sedang menjilat bulu.

"Seronok jadi kucing, makan dan berak je tahu. Lepas tu jilat bulu." Bebelnya sendirian. Athra hanya membuat tidak peduli.

Sudah masak dengan perangai tuannya yang akan membebel kepada Athra apabila dimarahi Athalia.

Baru sahaja Ezra hendak baring, tiba-tiba Athalia keluar dari bilik dengan memakai sweatshirt nipis berwarna chocolate yang dipadankan dengan flannel skirt berwarna beige dan tudung shawl jersey berwarna putih yang dililit kemas.

Wajahnya juga disolek nipis namun masih nampak seri di wajah putihnya itu.

Ezra hanya memandangnya tanpa berkelip.

"Tadi kata nak keluar?" Tanya Athalia membuatkan Ezra berfikir sebentar sebelum bibirnya mengoyakkan senyuman senget.

"Ingatkan Athi merajuk tadi." Ujar Ezra sebelum dia bangun dan mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding.

"Jom, my princess?" Ujar Ezra lalu mengeyitkan matanya ke arah Athalia membuatkan pipi gadis itu berona merah.

"Nak kemana ni?" Tanya Athalia sebelum sneakers disarungkan ke kaki.

"Kita dating nak? Mana-mana je yang Athi nak pergi, saya ikut." Ujar Ezra membuatkan bahunya dipukul.

"Aww, sakit la!" Suaranya sedikit meninggi sebelum dia menoleh melihat ke arah wajah masam Athalia.

"Suka sangat merepek. Nak kena gilis pakai kereta ke?" Ugut Athalia bersama tangannya disilangkan ke dada.

"Why not gilis saya using yourself? I don't mind." Usik Ezra sekali lagi membuatkan Athalia meraup wajahnya.

Terkena lagi dia.

Ya Allah! Wajah merah macam nak marah, namun hati berdetak-detum irama jantung tengah maraton disebabkan kata-kata Ezra yang sangat tidak ramah.

Very not halal punya sembang.

"Lia, Ezra? Nak keluar ke?" Tanya Cik Piah yang kebetulan juga keluar bersama Danny.

"Haah, nak datin-" kepala Ezra diketuk kuat sebelum Athalia tersengih dan membetulkan ayat lelaki itu.

"Haah, Cik Piah. Saja nak keluar ambil angin. Cik Piah nak pergi mana dengan Danny?" Tanya Athalia manakala Ezra dibelakang menjelingnya tajam.

Boleh dia ketuk kepala Ezra pakai handbag? Seriously?

Cik Piah hanya tersenyum sebelum menjawab "Nak pergi dewan rakyat dekat Taman Anggerik tu. Ada rewang sebab lusa kan kenduri anak Pak Razi. Ingat nak tolong-tolong apa yang patut la." Ujar Cik Piah.

"Lia nak ikut!" Jerit Athalia lalu terus berjalan mendekati Cik Piah. "Eh, Athi-" belum habis Ezra berbicara, Athalia menoleh ke arahnya.

"Kita tolong-tolong sikit je, lepas tu kita keluar la. Anak Pak Razi tu pun kawan saya, apa salahnya?" Jelas Athalia kepada Ezra yang sudah masam mencuka.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum