EA: [36]

308 14 0
                                    

Pintu rumah dibuka perlahan-lahan sebelum sebuah bantal mendarat tepat ke wajahnya membuatkan Ezra terkejut.

Selepas bantal itu melorot jatuh ke lantai, barulah Ezra dapat melihat apa yang terjadi.

Wajah berang Athalia sedang mencerlungnya tajam membuatkan Ezra menjadi hairan.

Apa sudah jadi ni?

Dengan keadaan rumah yang sudah bersepah, dan di tepi kaki Athalia kelihatan ada sebuah beg.

Beg itu- eh? Beg baju miliknya!

"Athi, apa semua ni?" Tanya Ezra lalu dia cuba mendapatkan isterinya namun ditepis kuat oleh Athalia.

Gadis itu malah menolak Ezra dengan kuat sehingga suaminya jatuh bersandar ke atas sofa.

"Apa awak tanya? Seriously? Tak cukup dengan buat saya kena serang dengan wartawan dan semua orang, awak boleh tanya lagi?" Nada Athalia naik turun seiring dengan pernafasannya.

Menandakan bahawa gadis itu marah sangat. Marah yang tiada penamatnya.

Marah yang mungkin, Ezra sendiri tak dapat menyejukkan lagi hati isterinya itu.

Ezra terkejut mendengar pengakuan yang terbit dari mulut Athalia. Jadi betullah, memang benar bahawa isterinya itu diserang.

"Apa lagi, Ezra?! Tak cukup lagi ke dengan masalah yang awak bagi? Apa lagi awak nak?!" Athalia menaikkan suaranya membuatkan hati Ezra berkecamuk.

Wajah yang dulunya bersih dan ceria kini bertukar dengan wajah yang penuh dengan kekecewaan dan air mata.

Hati Ezra dipagut rasa bersalah dan geram. Geram akibat dituduh namun dia ketepikan segalanya. Dia harus sabar-

"Saya tak kisah pasal wartawan semua tu! Nak kecam? Kecamlah! Tapi, awak main kotor! Awak libatkan syarikat saya! Hasil titik peluh saya sendiri! Apa lagi yang awak tak puas hati?!" Tuduh Athalia membuatkan Ezra mengetap bibirnya.

Sabar, Ezra. Sabar. Athalia cuma terlampau tertekan yang membuatkan dia tidak rasional sekarang ni.

"Syarikat awak tu, dah batalkan kontrak dengan syarikat saya! Seronok?! Seronok tengok saya merana macam ni?!" Athalia meraup wajahnya dan berjalan mundar-mandir di hadapan Ezra.

"Apa Athi cakap ni? Abang tak faham-"

"Siapa lagi yang handle syarikat awak kalau Elle ke luar negara sekarang ni?! Awak lah orangnya! Awak kan Dela Cruz! Pemilik sebenar syarikat tu! Kalau benci dengan saya sekalipun, jangan libatkan hasil titik peluh saya! Saya sedar saya bukannya macam awak yang lahir dalam dulang emas! Saya usaha sendiri dari bawah! Awak kejam, Ezra! Kejam sangat!" Marah Athalia lagi.

Sabar, Ezra. Sab-

"Sejak awak datang sini, apa je yang awak bagi?! Masalah! Awak tak habis-habis susahkan saya! Awak ingat saya tak penat ke, Ezra?! Saya benci awak! Benci sangat!" Marah Athalia dan kali ini, Ezra tidak mampu bersabar lagi.

Kata-kata keramat itu diucapkan dengan penuh perasaan membuatkan hati Ezra benar-benar terluka dan berdarah.

"Enough, Athi!" Ezra menjerkah kuat membuatkan Athalia terdiam.

Wajah suaminya yang sudah merah padam itu ditiliknya lama sebelum dia mengundur beberapa tapak kebelakang.

Mata Ezra mencerlung tajam ke arah isterinya sebelum dia memandang ke arah lain.

Tak, dia tak sanggup nak tengok wajah isterinya itu.

Dituduh? Dia okay dengan tuduhan itu asalkan Athalia puas hati.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now