EA: [37]

305 18 0
                                    

DING DONG!

DING DONG!

DING-

"Ye, Cik Piah? Sabar, Lia baru nak pakai-" kata-kata Athalia termati di situ apabila melihat kelibat orang yang tidak sepatutnya berada di hadapan pintunya.

Sangkaannya, Cik Piah yang datang untuk menjenguknya seperti biasa namun meleset jauh sangat.

Sedar tak sedar, sudah sebulan berlalu membuatkan Athalia akhirnya redha dengan semuanya.

Ezra memang sudah bencikan dia.

Buktinya? Dalam sebulan pemergian lelaki itu, langsung tiada khabar berita mengenainya.

Ezra bagaikan betul-betul sudah lenyap ditelan bumi. Langsung tidak menjenguk Athalia walaupun sekali bahkan, sebarang chat atau panggilan langsung tidak dibuat.

Jadi, Athalia agak hairan.

Kenapa?

Kenapa adik Ezra mencemar duli untuk berada di hadapan pintu rumahnya sekarang?

Ya! Danielle Erika.

Adik perempuan Ezra yang terkenal dengan sifat brutalnya itu sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada bersama pengawalnya, Jay.

Athalia cepat sahaja hendak menutup pintu namun Jay lebih pantas bertindak, menahan tindakan Athalia melalui arahan Elle.

"Bagi Elle masuk ataupun Jay robohkan pintu ni. I dont mind either ways." Ucap Elle dengan nada mendatar membuatkan Athalia meneguk air liurnya.

Elle pasti ke sini untuk menyakiti dia bagi pihak Ezra, Athalia pasti akan hal itu.

Wajahnya berubah pucat apabila memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi nanti sekiranya dia mengikut kata-kata Elle.

"Satu."

Elle sudah mula mengira membuatkan Athalia gelabah sedikit.

Masih ragu-ragu untuk memberi kebenaran ataupun tidak.

"Dua."

Ahh, gasaklah Athalia! Kau tak rugi apa-apa pun! Bukannya diorang nak rompak kau!

"Ti-"

"Okay fine!" Athalia akhirnya mengalah dan membenarkan mereka berdua masuk ke dalam rumah itu.

Elle tersenyum senget lalu mengarahkan Jay masuk sekali dan menutup pintu rumah.

Pertama kali dia ke situ, mata Elle meliar memerhatikan segenap ruang tamu rumah Athalia yang terlihat agak kemas dan teratur.

"Wow, cantik rumah! Patut la abang Danny meroyan taknak balik." Ujar Elle lalu dia terus meluru ke arah sofa, langsung mempedulikan Athalia yang hanya memandangnya dari tadi.

Athalia mengeluh berat lalu berjalan mendekati sofa dan mengambil tempat di sebelah Elle manakala Jay dibiarkan bermain dengan Athra.

"Apa tujuan Elle ke sini?" Tanya Athalia dengan nada yang menunjukkan bahawa dia kurang senang dengan keberadaan Elle sekarang ni.

Kening Elle terjungkit naik ke atas dengan soalan itu. "Takkan Elle tak boleh nak ziarah kakak ipar sendiri?" Tanya Elle pula.

Athalia mendengus marah. Geram dengan jawapan Elle yang kedengaran agak main-main dan tidak serious.

"Relax la, kak. Abang Danny dekat rumah, dia tak ikut sekali. Tengah healing sebab merajuk dengan isteri." Perli Elle membuatkan Athalia mencebik.

Hoih! Dia tak nak ambil tahu pun pasal lelaki tu!

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now