EA: [03]

539 27 0
                                    

"Ikut aku, nanti kau sesat." Pesan Athalia sambil menolak troli manakala Ezra di sebelah hanya bermain dengan telefon Athalia.

Kadang-kadang dia gelak sendiri, kadang-kadang matanya tekun memerhatikan video yang lalu di fyp dalam aplikasi bernama TikTok itu.

Ezra nampaknya sudah tenggelam dalam dunianya sendiri dan memalau Athalia.

Mogok taknak bercakap sebab dah kena tipu.

Athalia mengeluh apabila tiada sebarang respon yang diberikan. Marah sungguh lelaki ini dengannya.

Sesekali dijelingnya jari telunjuk lelaki itu yang berbalutkan plaster minion.

Athalia menahan ketawa.

"Dengar tak, Ezra?" Panggil Athalia. "Hmm." Ezra membalas namun tidak memandang ke arah wajah Athalia.

Dia merajuk.

Ingat tak sakit ke jarinya kena kepit?

Athalia boleh pula gelakkan dia sejak mereka keluar pasar basah sehinggalah mereka masuk ke dalam supermarket tersebut.

Langsung tak membantu maruah Ezra yang sudah tercalar dan jarinya yang sakit.

Athalia menolak troli tersebut sehingga ke bahagian sayur-sayuran. Tangannya ligat menarik plastik lalu memasukkan segala jenis sayur yang segar ke dalamnya.

"Ambil ni, pergi beratur dekat sana." Ujar Athalia lalu menghulurkan satu plastik tomato kepada Ezra membuatkan lelaki itu tercengang.

"Kenapa kena beratur? Saya mana ada duit nak bayar." Ezra merungut namun masih mengambil bungkusan plastik itu.

Athalia menepuk dahi. "Beratur nak timbang la. Letak harga. Aku tau la kau takde duit. Aku tak jahat lagi nak suruh kau mengemis untuk bayar." Perli Athalia membuatkan Ezra mencemik.

Halah, tak perlu lah perli sampai macam tu. Kecik hati Ezra yang sudah sedia lembut ni.

Ezra tanpa banyak soal, melakukan apa yang disuruh sehingga habis kesemuanya. Setelah siap, Athalia menolak trolinya ke arah bahagian roti dan pastri.

"Ezra, kau nak roti tak?" Tanya Athalia namun tiada respon. Alahai, takkan la Ezra masih mogok dengannya?

"Ezra?" Athalia memanggil sekali lagi. Apabila masih tiada respon, barulah dia menoleh ke belakang.

Eh?

Jangan cakap-

"Ezra?!" Athalia hampir sahaja menjerit jika tidak diingatkan dia berada di kawasan public.

Yes, Ezra dah hilang.

Athalia mula panik. Ah sudah! Tadi elok je dia ikut di belakang? Kemana pulak dia pergi?

Athalia meninggalkan trolinya di situ dan lantas mencari Ezra di setiap lorong. "Ezra, please! Supermarket ni bukannya kecil!" Athalia membebel sambil mencari lelaki itu.

Kalau budak-budak yang hilang, mungkin boleh dipertimbangkan.

Masalahnya, yang hilang sekarang ni seorang lelaki dewasa.

Lelaki yang nampak sangat tak boleh survive di dunia luar.

Athalia memicit dahinya sebelum dia menarik nafas dalam. Semua tempat sudah dijenguk namun masih tiada kelibat Ezra.

Ya Allah, ampunilah hamba mu ini. Kau permudahkanlah urusan aku untuk mencari Ezra, Ya Allah!

Bagaimana kalau lelaki itu sebenarnya kena tangkap? Mungkin dah kena heret masuk van putih?

Ya Allah, terngiang-ngiang pula jeritan Ezra pada malam mereka bertemu. Nampak sangat lelaki itu sedang menjadi buruan orang-orang jahat.

"Calm down, Athi. Dia still dalam ni, maybe. Ya Allah, dekat mana lagi dia dah pergi ni? Kalau apa-apa jadi, apa aku nak buat? Dia sekarang ni dah jadi tanggungjawab aku!" Athalia mundar-mandir di hadapan kawasan air sambil berfikir.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now