EA: [14]

335 18 0
                                    

Sudah dua hari berlalu namun keberadaan Ezra masih tidak dapat dijejaki oleh sesiapa.

Tak putus-putus Athalia menelefon Leo untuk mengetahui sebarang berita mengenai Ezra namun hampa.

Leo dan yang lain juga tak tahu di mana Ezra berada.

Athalia mengeluh lagi di dalam pejabatnya. Nak buat kerja pun tak senang langsung.

Setiap masa dan ketika, otaknya hanya memikirkan mengenai Ezra.

Nak kemas rumah pun terfikir Ezra.

Tengah masak pun boleh nampak bayangan Ezra dekat meja makan.

Hmm, parok nanang.

"Ha! Termenung!" Sergah seseorang membuatkan Athalia tersentak dari lamunannya.

"Ish, Elle! Bila masa sampai? Terkejut saya!" Athalia mengurut dadanya buat seketika sebelum cermin matanya dibuka dan diletakkan ke tepi.

Elle cuma ketawa kecil lalu berpusing-pusing di atas kerusi berhadapan dengan meja Athalia.

"Okay, what's bring you here? Ayris ingat meeting kita lagi sejam?" Tanya Athalia lalu jadualnya dibuka untuk memastikan dia tidak.

Elle mengangkat bahu. "Elle sampai awal so datang singgah sini dulu. Kenapa Ayris termenung sangat ni? Tengah fikir nak kahwin ke?" Tanya Elle membuatkan Athalia menggeleng laju.

"Kahwin apanya? Saya muda lagi." Athalia cuba berseloroh namun Elle masih menayangkan riak wajah mengusik.

"Muda sangat la tu. Whatever it is, dont bring it during our meeting. Be professional, okay?" Pesan Elle membuatkan Athalia kagum dengan gadis itu.

Sejak dia berkenalan dengan Elle, dia semakin faham personality gadis itu.

Nampak macam suka main-main tapi Elle cekap mengendalikan syarikatnya pada usia yang muda.

Bila ditanya bagaimana, jawapannya ialah "Terpaksa jadi pandai je sementara nak tunggu abang balik rumah."

Itulah alasannya. Cukup humble dan direct.

"Elle dah jumpa dengan abang Elle?" Tanya Athalia namun gadis itu hanya menayangkan wajah masamnya.

"Belum. Elle rasa macam nak give up. Lantaklah dekat abang tu, dia dah besar. Bukan budak kecil lagi." Elle menyembamkan wajahnya ke kerusi.

Jika bukan sebab abangnya itu bakal menjadi pewaris Dela Cruz dan kesayangan bondanya, sudah tentu Elle hanya mempedulikan hal tersebut.

Ini pun, dia hanya melibatkan diri kerana tidak mahu bonda berterusan sedih dan berkecil hati.

Athalia hanya tersenyum hambar.

Sudah menjadi lumrah seketul Elle yang tidak sukakan perkara yang complicated.

Jika perkara tersebut menyusahkan, dia akan terus tarik tangan.

Malas nak masuk campur.

"Housemate Ayris pun dah hilang sejak dua hari lepas. Tak dengar khabar berita langsung."

Tanpa sedar, Athalia membuka cerita mengenai masalah yang membelengu dirinya membuatkan Elle terkejut.

"Memang sekarang musim orang hilang ke macam mana?" Tanya Elle namun Athalia hanya mengangkat bahunya, tidak pasti.

Bagaikan kebetulan pula apabila abang Elle dan housematenya hilang serentak tanpa dikesan.

"Eh, jom lah! Meeting dah nak start!" Ajak Athalia membuatkan Elle merengus.

Tahu sangat dah perangai gadis itu.

Nampak sangat dia nak cabut lari dan suruh Jay gantikan tempatnya namun terbantut plannya apabila Athalia terlebih dahulu sudah melarang.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Onde histórias criam vida. Descubra agora