EA: [56]

480 17 0
                                    

"Kita dekat mana ni, mommy?" Soal Dylan sambil matanya tekun memerhatikan sebuah rumah agam putih yang terletak elok di hadapannya.

"Kita nak jumpa dengan grandma. Prince suka tak?" Soal Athalia kepada anaknya itu.

Dylan mengangguk laju.

"Besarnya rumah grandma! Macam istana dalam televisyen." Ujar Dylan dengan teruja sambil matanya meliar ke sekelilingnya.

Kolam air pancut di tenungnya dengan kagum dan sesekali, dia menarik-narik lengan baju Ezra untuk bertanyakan mengenai rumah itu namun hampa.

Ezra seakan-akan dalam dunianya sendiri.

Athalia hanya mampu memandang ke arah suaminya itu dengan perasaan risau.

"Prince jalan dengan mommy, okay? Daddy tak sihat, jangan kacau dia tau." Pujuk Athalia kepada anak terunanya itu lalu tangan Dylan digenggam kemas.

Athalia tahu anak mereka pasti kecil hati kerana Dylan lebih akrab dengan Ezra. Jadi, apabila Ezra mengendahkannya sebegitu, Dylan akan menjadi sedih.

"Ouh, okay mommy." Ajaibnya, kali ini Dylan seperti memahami apa yang sedang berlaku dan tidak bertanya dengan lebih lanjut.

Athalia tersenyum sebelum kepala anaknya diusap-usap dengan lembut lalu dia merenung ke arah wajah suaminya yang sembab.

Ezra menangis dengan sangat teruk semalam dan tidur agak lewat manakala Danish pula sepertinya tidak senang duduk sejak tadi kerana dia asyik bermain-main dengan jarinya sendiri.

Eh, kejap!

Memang tiga beradik ni ada tabiat yang sama jika mereka rasa gelisah ke?

Baik Ezra, Elle mahupun Danish. Ketiga-tiga mereka akan melakukan perkara yang sama melalui pemerhatian Athalia.

Jay pula?

Tidak habis-habis merenung ke arah Danish dan sesekali dia menoleh ke arah lain. Mungkin masih tidak percaya dengan kehadiran lelaki itu barangkali.

Alangkah terkejutnya Jay pagi tadi apabila dia ditugaskan oleh Elle untuk mengambil keluarga Ezra di rumah namun tidak dia menyangka bahawa dia akan berjumpa dengan Danish sekali.

Ya, sebelum menjadi pengawal peribadi Elle, Jay merupakan orang kanan Danish yang paling dipercayai oleh lelaki itu.

Mereka bertegur sapa buat seketika sebelum Danish mengarahkan agar mereka terus ke Dela Cruz dengan segera bagi menghilangkan rasa janggal.

Pintu rumah agam itu diperhatikan dengan lama oleh Danish dan Ezra sebelum Jay membukanya.

Dia tahu, kedua-dua tuannya itu pasti masih rasa kekok.

"Jemput masuk, tuan muda sekeluarga dan tuan besar." Ujar Jay, sedikit sebanyak membuatkan Danish tersenyum janggal.

"It's a bit weird to hear someone call me that, again." Ujar Danish sambil tangannya naik, menggosok-gosok belakang lehernya lalu dia mengikut Ezra masuk ke dalam.

Dekorasi rumah itu masih sama, tiada apa-apa pun yang berubah. Mata Danish meliar ke arah sekeliling sebelum seseorang memeluk Ezra dengan erat.

"Terima kasih sebab pulang. Elle ingat abang takkan datang." Ujarnya. Wajah gadis itu kelihatan agak cengkung dan seperti tidak cukup rehat sahaja.

Ezra berasa simpati dengan adiknya itu lalu kepala Elle diusap-usapnya perlahan. "Elle sihat? Bonda macam mana?" Soal Ezra dengan prihatin.

"Elle okay, just kurang tidur. Bonda masih macam itulah, terlantar. Abang sihat? Akak? Dylan macam mana?" Soalnya sebelum matanya tertancap ke arah Athalia.

Tuan Muda || DANIEL EZRA ✅Where stories live. Discover now