BAB 30🌹

81K 2.3K 248
                                    

PASANGAN itu duduk di birai katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PASANGAN itu duduk di birai katil. Sungguh Harraz tak sangka Aulia lah budak perempuan yang dia pernah selamatkan dulu. Tak sangka mereka dah kenal sejak 18 tahun yang lalu.

Masing-masing terdiam sama sendiri. Masih terkejut.

"Abang masih rasa macam tak percaya. Rupanya Allah dah temukan abang dengan bidadari abang ni dari dulu lagi. Dan Lia lah budak perempuan tu. Cuma abang yang tak sedar selama ni." Dahi Aulia dikucup.

"Lia pun masih terkejut lagi abang. Orang yang selama ni Lia selalu doa supaya budak lelaki tu masih hidup dan Lia doa semoga Lia dapat jumpa dia lagi rupanya suami Lia sendiri."

"Tapi rasanya abang ada bagi tahu dulu kan nama abang? Lia langsung tak ingat ke?"

"Lia betul-betul lupa bang. Jenuh Lia cuba nak ingat selama ni tapi satu nama pun tak muncul dalam kepala Lia."

"Yela kita ni siapa lah kan sampai orang tu nak ingat. Padahal abang sampai hari ni tak pernah lupakan princess comel tu." Harraz merajuk. No wonder lah Aulia tak syak dari awal yang kemungkinan dia lah budak lelaki tu sebab nama sama. Dah Aulia sendiri lupa nama.

"Abang, bukan macam tu la. I'm just 6 years old that time. Ingatan Lia tak berapa kuat nak ingat balik. Lepas kejadian tu pula Lia terus pindah Jerman. Then Lia alami trauma sekejap. Every night Lia akan nightmare teruk. Lia akan mimpi kejadian tu setiap malam."

"Selepas 3 tahun, kami balik Malaysia balik. Mummy dengan daddy adalah nak cari budak lelaki tu balik. Tapi diaorang takut kalau trauma Lia datang balik. That's why kami tak cari hero Lia tu."

"Abang faham sayang. Tapi tak sangka kan Allah temukan kita lagi. Dan rupanya budak comot yang menangis sampai keluar hingus hijau tu rupanya isteri Harraz Danial."

Aulia cubit perut keras suaminya. "Siapa yang budak comot? Budak comot tu lah yang abang ajak kahwin dulu tau."

Harraz ketawa. "Oh yang tu ingat pula? Nama kita tak nak ingat!"

"Eh mestilah ingat. Budak handsome yang ajak kita kahwin." Nampak sangat Harraz dah gatal sejak azali.

"Ye la budak perempuan tu comel sangat. Abang booking lah dia awal-awal." Hidung Aulia dicuit.

"Abang ingat tak abang pernah bagi Lia aiskrim masa kat pantai tu?" Aulia nak throwback balik kenangan mereka 18 tahun lepas.

"Ingatlah sayang. That was the first time i saw you. Masa mula-mula tu kan abang ingat budak perempuan tu anak mat saleh. Ragu-ragu juga abang nak tegur masa tu. Tapi abang kan gentleman, tegur jugalah."

Aulia ketawa. "Mana abang dapat keberanian masa tu nak ikut penculik tu?"

"Entahlah. Mungkin sebab Allah dah memang ciptakan Harraz Danial untuk jadi pelindung kepada Aulia Safinna. And Allah created me to be your knight in shining armor. Remember?"

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now