BAB 25🌹

77K 2.5K 394
                                    

AULIA sedang berdiri di hadapan sebuah lori berkotak putih dengan muatan 1 tan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA sedang berdiri di hadapan sebuah lori berkotak putih dengan muatan 1 tan. Elok lori tu sedang parking diperkarangan rumah mereka.

Seorang lelaki dan pemandu lori itu datang menghampirinya.

"Ni rumah Encik Harraz Danial kan? CEO The Legacy?" Soal pemandu lori itu.

Aulia angguk. "Yes, ni rumah dia. Ada buat perhantaran barang ke kat sini?" Harraz ni tak habis shopping barang rumah lagi ke? Gumamnya.

"Haah pagi tadi kami dapat order dari syarikat The Legacy untuk 100 kotak pads dan perlu dihantar di rumah ni secepat yang mungkin. Tu yang kami hantar petang ni juga."

Aulia dah membulat matanya. "What seratus kotak?" Aulia terus pergi ke bahagian tepi lori. Pintu dah pun dibuka. Penuh berkotak-kotak pads pelbagai jenama sedang elok bersusun dalam tu. Tu baru kotak, entah berapa pula jumlah bungkusan pads dalam setiap kotak tu. Hah darab lah sendiri.

Aulia rasa nak pengsan. Tak pernah dibuat orang lah order pad sebanyak ini. Apa la yang difikirkan 2 orang lelaki tu bila kena hantar pads sebanyak tu dekat rumah. Ni kes hari-hari period non stop ke apa? Aulia pula yang tebal muka.

"So Cik nak kami susun barang ni kat mana?"

"Okay macam ni. Saya rasa suami saya ni tersilap order barang ni. Kalau saya terpaksa refund balik boleh tak?" Aulia rasa bersalah. Tapi dia terpaksalah pulangkan balik. Habis nak buat apa pads sebanyak itu? Stok sebanyak ni kalau anak dah masuk tadika pun belum tentu habis pakai.

"Sebenarnya kalau dah order dari syarikat kami, tak boleh cancel balik. Kena terima juga walaupun dah buat pembayaran."

"Saya bayar 3 kali ganda balik harga semua ni. Termasuk gaji awak berdua. Asalkan company tu terima balik barang tu semua."

"Kalau macam tu, nanti saya bincang dengan supervisor kami." Mereka berdua bersetuju.

"Okay apa-apa nanti contact balik The Legacy. Soal bayaran tu semua claim balik kat diaorang." Hah siapa suruh order lagi pelik-pelik. Jadi biar Harraz tanggung balik semuanya.

"Baik puan." Mereka angguk faham.

"Terima kasih banyak-banyak. Dan saya minta maaf sebab dah menyusahkan awak berdua."

"Tak apa, memang ini tanggungjawab kami. Kalau tak ada apa lagi, kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamit pemandu lori itu.

"Waalaikumsalam." Bayangan lori dah pun hilang dari pandangannya.

Aulia terus nak masuk rumah. Hatinya dah membuak-buak dengan perasaan geram. Tunggu nak meletop je ni. Siap kau Harraz!

Sambil dia berjalan dia kecilkan mata tengok arah pintu. Apehal mamat tu terhendap-hendap belakang pintu. Dia ingat dia menyorok-nyorok kat belakang pintu tu aku tak akan nampak ke? Ingat badan tu saiz baby ke yang nak bersembunyi kat situ.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now