BAB 27🌹

57.2K 2.7K 339
                                    

AULIA hanya duduk di sofa ruang tamu sambil tangannya ralit menekan keyboard laptop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA hanya duduk di sofa ruang tamu sambil tangannya ralit menekan keyboard laptop. Baru 5 hari cuti kerjanya dah menimbun. Banyak email masuk yang dia belum sempat nak buka pun lagi.

Sementara Harraz dengan tokma pergi masjid ni boleh la dia buat kerja sikit.

Knock! Knock! Pandangannya terus dibawa ke pintu. Ada bunyi 2 ketukan pintu. Lepastu senyap balik.

"Aku silap dengar ke?" Aulia abaikan bunyi ketukan itu. Dia sambung buat kerjanya semula.

Knock! Knock! Bunyi tu datang balik. Aulia berdebar-debar. Tak akan diaorang dah balik? Sekarang baru pukul 8.30 malam. Harraz cakap
lepas isyak baru balik.

Bunyi ketukan itu masih tak berhenti. Nak buka tengok siapa kat luar tu dia pun takut. Dah la dia sorang-sorang je dalam rumah ni. Lagi pun Harraz dah pesan awal-awal kalau ada sesiapa datang jangan jemput masuk. Sebab Aulia tak kenal sesiapa pun kat kampung ni. Bahaya.

Bila ketukan itu makin kuat. Aulia beranikan juga nak tengok siapa gerangan di luar. Tudung disarung ala kadar. Dia mengintai di tingkap terlebih dahulu.

Seorang gadis muda freehair sedang berdiri depan pintu. Fuh nasib baik perempuan.

Aulia tarik nafas lega. Tapi perempuan ni pun tak reti nak bagi salam ke apa. Buat orang takut je la. Kalau bagi salam, awal-awal lagi dia dah bukakan pintu.

Selak kunci atas dibuka. Pintu dibuka seluasnya. "Assalamualaikum." Aulia pula yang bagi salam.

"Waalaikumsalam. Lambat betul kau ni buka pintu. Sakit tangan aku." Jawab perempuan itu agak kasar. Tanpa sapa dia terus melulu masuk.

Aulia pula yang termanggu kat situ. "Ya Allah pehal minah ni? Dah tak reti bagi salam, ingat orang nak buka ke pintu? Pastu nak emo tak tentu pasal."

Pintu dikunci balik. Aulia menghampiri perempuan itu yang dah sudah pun duduk di meja makan sambil mencedok lauk.

"Apehal kau tengok aku macam tu?" Soal perempuan itu sambil mulut penuh dengan nasi.

"Maaf kalau pertanyaan saya ni macam kurang sopan, tapi awak ni siapa?"

"Aku cucu kepada perempuan tua dalam rumah ni. Ada masalah ke pada kau?"

"Oh maaflah saya tak tahu awak ni siapa." Aulia ambil tempat di hadapan perempuan itu. Mahu berkenalan dengan lebih lagi dengan gadis ini.

Gadis itu buat bodoh je seolah-olah Aulia tak ada kat situ. Aulia pula ragu-ragu nak bertegur sapa. Tapi kalau tak tegur, nampak macam sombong pula memandangkan perempuan tu cucu tokma juga, merangkap sepupu suaminya.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now