𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟭

39.3K 1.6K 256
                                    

KEADAAN di ruangan bilik meeting itu sedikit dingin walaupun dah ada 2 3 biji aircond memenuhi segenap ruang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEADAAN di ruangan bilik meeting itu sedikit dingin walaupun dah ada 2 3 biji aircond memenuhi segenap ruang.

Semuanya menantikan keputusan proposal mana yang akan dipilih oleh syarikat itu dengan penuh debaran. Dan semestinya Aulia tak terkecualikan sebab dia salah seorang wakil dari syarikat Jaya Holdings.

Dia dah berhempas pulas siapakan sketch pelan tu genap 2 bulan Ayra lahir lagi. Dan hari ni dia kena bentangkan semuanya di hadapan pengarah syarikat pembangunan itu sendiri.

"Okay terlebih dulu saya ingin memohon maaf kepada semua syarikat yang berada di sini sebab saya terpaksa tolak proposal kalian semua. Oleh itu dengan rasa penuh berbesar hati saya memilih..."

Aulia dah malas nak dengar apa sambungan yang keluar dari mulut Tan Sri Malik. Keluhan berat dilepaskan. Jelas kali ini dia tak bernasib baik. Walaupun dia terlalu kecewa dengan keputusan itu dia terpaksa akur.

"It's okay princess. Bukan rezeki kita kali ni." Pujuk Dato' Hisyam disebelah. Genggaman orang tua itu dibalas. Aulia berusaha ukirkan senyuman manis. Tak nak tunjuk sangat rasa kecewanya.

Dato' Hisyam sikit pun tak rasa ralat apa-apa. Selama ni pun Aulia yang beria-ria nak ikut serta dalam projek itu. Nak sama-sama invest untuk projek perumahan tu.

Syarikatnya pun dah cukup hebat apa. Tak perlukan sesiapa pun untuk investment sama-sama. Dia boleh uruskan sesebuah projek dengan sendirinya tanpa perlukan campur tangan dari sesiapa.

"Maaf Tan Sri. Boleh saya curi masa sikit tak sebelum kita akhiri mesyuarat ni?"

"Yes just continue Puan Aulia."

"Terima kasih pada semua pihak TCS Contraction Sdn Bhd dan semua syarikat yang turut hadir di sini." Aulia bangun dan mulakan mukadimah dengan penuh hormat.

"Dan tahniah untuk Dato'. Saya doakan projek ni dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancang." Aulia tunduk hormat kepada Dato' Mustafa. Pemilik syarikat yang dia telah tewas tadi.

"Kalau boleh saya tahu atas alasan apa ye proposal saya ditolak? Jangan salah faham, saya tak pertikaikan keputusan Tan Sri. Cuma saya nak tahu lah kan apa kekurangan yang saya dah buat supaya saya boleh improve lagi design saya di masa akan datang. So i will not repeat the same mistake."

"Okay sure. I will explain everything. You can sit Puan Aulia." Dia sangat sukakan sifat wanita muda itu. Ketiga-tiga syarikat yang lain langsung tak persoalkan kenapa proposal mereka ditolak.

"Please, show again the paper work of Jaya Holdings." Arah Tan Sri Malik pada PAnya.

Semua mata terarah pada skrin projektor besar itu. Tan Sri Malik bangun dan mulakan penerangannya.

"Okay seperti yang sedia maklum. Projek TCS Contraction kali ini adalah berkonsepkan sebuah perumahan di Kota Tinggi, Johor."

Tan Sri Malik menunjuk paparan skrin tanah kawasan projek itu. Dan seterusnya drawing yang wanita itu dah buat dalam bentuk 3D.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now