BAB 26🌹

73K 3.7K 179
                                    

SEBUAH kereta BMW X6 sedang memasuki perkarangan Teratak Fatimah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEBUAH kereta BMW X6 sedang memasuki perkarangan Teratak Fatimah. Dah masuk hampir 40 tahun usia rumah itu, namun teratak itu masih kukuh utuh.

"Awak saya nervous ni." Aulia dah tak senang duduk di kerusi penumpang.

Harraz hanya senyum sambil meraih tangan Aulia. Tangan Aulia dan ksejukan. Nervous sangat isterinya. "Jangan lah nervous sangat. Tokma tak makan orang la."

Aulia menjeling geram. Boleh buat lawak bodoh pulak Harraz ni. Dia tengah seram sejuk ni.
"Awak kalau saya nak patah balik boleh? Tak ready la saya nak jumpa tokma."

"Merapu apa you ni. Kita dah depan rumah tokma. Tokma tak garang la. She's so nice woman. Lagipun saya ni cucu kesayangan dia of course siapa pun pilihan i dia terima. Trust me." Harraz masih memujuk.

Rasa tenang sikit hatinya mendengar kata-kata Harraz. Nak jumpa nenek Harraz je pun, dah menggelabah lebih kau ni Lia.

"Saya ni pilihan awak ke? Kalau bukan sebab kita kena tangkap basah, rasanya kita tak kahwin lagi kot sampai sekarang." Saja Aulia nak mengusik.

"Kalau dah memang jodoh kita sayang, kita tetap akan kahwin walau apa cari sekali pun. And now you're the best thing i've got in entire life. My priority number one." Harraz senyum kacak. Sempat dia mencuit dagu runcing Aulia.

Aulia senyum manis. Allah boleh bolak balik kan hati manusia. Siapa sangka dari rakan sekerja sekarang dah jadi rakan sebantal. Eh sebantal?

"Jom keluar, tokma dah ready tu nak sambut kita." Mereka keluar dari kereta. Kelihatan seorang wanita berusia sedang berdiri di depan rumah sambil mengukirkan senyuman tak terhenti.

"Assalamualaikum tokma." Harraz memberi salam sambil menghulurkan tangan.

"Waalaikumsalam cucu tokma. Lama tokma tak jumpa kamu Haz." Tubuh tegap Harraz terus dibawa kepelukannya. Sungguh dia rindukan cucunya.

"Tokma sihat?" Pipi yang makin dimamah usia itu dicium.


"Sihat orang tua je la Haz. Ini ke isteri kamu?" Matanya dilirik pada gadis cantik yang bersama cucunya.

Aulia mengukirkan senyuman paling manis.
"Apa khabar tokma?" Gilirannya untuk bersalam dengan Hajah Fatimah.

Tanpa kata terus Aulia dipeluk erat. Aulia hanya membalas pelukan orang tua itu. "Sihat alhamdulillah. Cantik sangat isteri kamu ni Haz. Nama kamu siapa?"

"Aulia. Panggil Lia je tokma."  Aulia tersipu-sipu malu dipuji dengan wanita itu. Tak sangka dia akan disambut baik. Dia kira Hajah Fatimah tak akan menyukainya kerana berkahwin dengan Harraz pun tiba-tiba.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now