BAB 49🌹

58.9K 2.8K 894
                                    

                            4 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                            4 tahun lepas

AULIA bangun menegak dan terus perutnya diraba-raba. "Anak mummy! Anak mummy!"
Berulang kali Aulia menyebutnya sambil menangis.

Datin Zahrah yang tertidur di sisi anaknya terus bangun dan duduk di tepi katil bersebelahan Aulia.

"Lia dah sedar nak?" Kepala Aulia diusap lembut

"Mummy anak Lia..anak Lia ada lagi kan my? Tak ada apa yang terjadi pada baby kan? Lia tak gugur kan my? Bertubi-tubi soalannya. Riak wajahnya penuh kerisauan. Aulia dah menarik-narik lengan Puan Sri Laila. Perutnya diraba.

Dia dah kehilangan suaminya dan dia tak nak hilang anak pulak. Inilah satu-satunya cinta yang masih tersisa buatnya.

"Baby tak ada apa sayang. Cuma ada sikit pendarahan je tadi. Alhamdulillah kami sempat bawa Lia ke sini. Kalau lambat sikit mungkin baby tak dapat diselamatkan."

Aulia meraup rasa syukur tak terhingga. Ya Allah terima kasih kerana Kau masih izinkan baby ini bernyawa dalam rahimku.

"Anak mummy, maafkan mummy sayang. Mummy tak jaga sayang betul-betul tadi. Lepas ni mummy janji yang mama akan lebih berhati-hati." Perutnya diusap sambil menangis tersedu.

"Kenapa Lia rahsiakan semua ni dari kami nak? Ini soal pregnant tau bukan benda kecil." Sujud syukur mereka sekeluarga bila kandungan Aulia masih selamat walaupun peluang untuk selamat sangat tipis.

"Lia minta maaf mummy. Lia tak ada niat pun untuk rahsiakan kehamilan Lia. Lia cuma tak nak Harraz tau dan Lia tak nak baby ni jadi asbab kenapa Lia tak jadi bercerai dengan dia." Arh tapi Harraz dah pun ceraikan dia tadi.

"Okay mummy boleh terima alasan Lia untuk rahsiakan kehamilan tu. Tapi Haz dah tahu pun sayang yang Lia mengandung."

"Dia tak tahu lagi kan yang kandungan ni selamat?"

"Daddy tak bagi dia masuk jumpa Lia. Dia masih tak tahu perkhabaran Lia lagi."

"Mummy tolong bagi tahu dia yang Lia dah gugur."

"Astaghfirullahalzim Lia. Bawa mengucap sayang. Lia sedar tak Lia cakap apa ni? Tu semua doa tau! Doa dari seorang ibu pula tu. Lia nak ke kehilangan baby ni betul-betul?"

Aulia menangis. Dia terpaksa buat semua ni. Dia tak nak baby ni ada kaitan lagi dengan Harraz. Dia tak nak jumpa Harraz lagi sampai bila-bila. Jadi biarlah Harraz anggap yang anak mereka sudah tiada supaya Harraz tak akan cari dia lagi. Dan sebab yang lain dia tak nak Harraz rampas anaknya. Baby itu haknya seorang.

"Mummy please, ni permintaan terakhir Lia. Buat masa ni biarlah dia anggap macam tu."

"Tak boleh sayang macam tu. Sebenci apa pun Lia pada dia, dia tetap ayah pada baby ni. Lia tak boleh nafikan hak dia sebagai seorang ayah. Dia perlu tahu kewujudan baby ni."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now