BAB 56🌹

73.8K 3.1K 343
                                    

 AULIA terjaga dari tidur nyenyaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA terjaga dari tidur nyenyaknya. Berat dia mahu membuka mata bila ngantuk masih bersarang di mata.

Dan benda pertama yang dia nampak bila buka mata mestilah wajah kacak suaminya. Dia jarakkan sikit mukanya dari leher Harraz. Dia nak tengok lebih jelas wajah kacak itu.

Tangannya menolak rambut suaminya yang berjutai di dahi lelaki itu. Aulia senyum kecil bila dengar dengkuran halus lelaki itu. Jarinya terus bermain di seluruh muka licin Harraz. Semua segenap inci muka Harraz dia sentuh. Sungguh, dia sangat rindu pemandangan indah ini.

Bila Harraz mahu celikkan mata juga, Aulia cepat-cepat pejamkan mata kembali. Tak tahu kenapa dia buat macam tu.

Senyuman Harraz terus mekar bila terpandangkan bidadari cantik atas tubuhnya. Bahu isterinya dikucup sekilas. "My wife so beautiful and sexy." Duvet ditarik menutupi tubuh mereka.

Aulia menahan senyum. Dalam hatinya dah penuh bunga-bunga yang mekar.

"Don't ever leave me again sayang. I love you so much." Gumam Harraz perlahan dengan mata yang terpejam.

Hati wanitanya tersentuh. "I won't leave you husbaby." Aulia hanya mampu jawab dalam hati.

Aulia buka mata semula bila dia yakin yang Harraz dah pun tertidur semula. Dia tak berhenti merenung lelaki kacak itu. Ni la satu-satunya peluang untuk dia tatap lelaki itu lama-lama macam ni.

Bila mengingati apa yang dah berlaku antara dia dan Harraz, Aulia meraup mukanya. Nak marah Harraz pun tak guna jugak sebab dia sendiri yang merelakan. Ishh bila dah berduaan macam ni macam-macam boleh jadi.

Dia sendiri pun tewas bila berada dalam pelukan lelaki itu. Lemas dengan kata-kata cinta dari Harraz.

Mesti Harraz ingat yang dia dah lupakan segalanya dan mahu berbaik dengan lelaki itu semula.

Jam digital berlampu LED di dinding di pandang. Dah pukul 5.30 pagi.

Aulia bangun perlahan-lahan dari pelukan suaminya. Dia tak nak bangunkan Harraz dari lena itu. Terbongkok-bongkok dia mengutip bajunya atas lantai dan menuju ke bilik air.

Aulia mengunci pintu bilik air. Lama dia memandang dirinya di hadapan cermin bulat besar. Matanya tertancap pada bekas-bekas merah yang ditinggalkan Harraz di sekitar leher dan dadanya.

Dia cuba untuk menghilangkan semua ni namun sukar untuk dihilangkan.

"Lepas geram ke apa dia ni." Ngomelnya perlahan.

Setelah selesai Aulia melangkah keluar. Terkejut dia apabila Harraz berdiri tegak di hadapan pintu.

"Lamanya Lia guna toilet. Lama abang tunggu."
Harraz tersenyum manis. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan Aulia.

Lelaki itu masih berboxer. Dari cahaya lampu bilik air yang membiasi mereka berdua dia baru nampak kesan-kesan lovebite banyak di dada lelaki itu. "Oh my God, aku ke yang buat semua tu?"

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now